25 April 2009

Hari dukacita..

Malam semalam (24/4/09),aku dikejutkan dengan berita yg sgt menyedihkan..
Berita yg aku takboleh terima sampai sekarang..

Pada mulanya,aku diberitahu oleh kak as yg cik mamat masuk hospital sebab demam..
Kemudian aku tanya mama,mama kata,mama nak pergi tgk cik mamat lepas Isya'..
Aku nak ikut,tapi mama suruh jaga adik kat rumah..
Kemudian aku dengar ada org telefon mama..
Aku dengar perbualan mama dgn org tu yg aku tak berapa pasti..
Aku terdengar cik mamat dimasukkan ke wad kecemasan..
Kemudian mama n baba cepat2 makan malam & buat apa yg sepatutnya..
Lepas mama dah bersiap dan hendak bertolak ke hospital,aku terdengar ada org call mama..
Kemudian aku dengar mama menjerit..
Aku yg ketika itu tgh on9 myspace terus panik & turun ke bawah..
Aku pergi mendapatkan mama dan ketika itu mama memeluk baba sambil menangis..
Aku bertanya kepada baba, kenapa??
Kemudian baba cakap cik mamat dah tiada..
Aku menangis terduduk di situ tak dapat menahan kesedihan..
Adik2 aku juga menangis secara tiba2 kecuali my twin little brother yg xtau apa2..
Kemudian baba pujuk aku dan bawa aku masuk kedalam rumah..
Mama dan baba cepat2 pergi ke hospital..
Aku dan adik2ku masih menangis sepuas hati kami..
My twin little brother asyik mengejek kami yg menangis..
Aku tak dapat mengawal perasaan lalu menengking mereka..
Setelah adik2 aku puas menangis,mereka tertidur..
Aku masih tak berhenti menangis dan tak dapat mengawal perasaan..
Kemudian aku call Kak Aslinda,dia juga menangis..
Aku hanya mampu suruh dia bersabar..
Tapi aku sendiri tak bersabar..
Kemudian aku call Kak Long banyak kali tapi tak dapat..
Aku pasti dia juga tengah sedih..
Kemudian aku call Nabilah dan dia sedang menangis teresak-esak dan kami menangis sama2..
Aku tunggu mama & baba balik dari hospital sampai 2.30 pg
Sepanjang aku tunggu mama,air mata aku tak berhenti mengalir..

Pada hari ini (25/4/09),mama kejut aku bangun pada pukul 6pg..
Entah kenapa pada masa itu aku berfikir yg aku sedang b'mimpi..
Kemudian aku kembali kepada kenyataan dan air mataku mengalir kembali..
Kira2 pkl 7,kami b'tolak ke rumah nenek..
Semakin hampir kami sampai ke rumah nenek,semakin deras airmata aku mengalir..
Sampai sahaja di rumah nenek,aku terus bersandar ditepi dinding..
dan tengok sekujur tubuh yg kaku di depan aku..
Aku tak berani mendekati tubuh yg kaku itu..
Aku hanya menangis,menangis & menangis..
Ketika itu,mck2,sepupu2 aku semua menangis..
Aku mencari nenek di sekitar tak ketemu..
Kemudian nenek muncul,aku salam dan terus peluk nenek,agak lama..
Tiba2 ada seorg mck suruh aku dgn Nabilah keluar..
Kami keluar dan menangis berpelukan..
Dan ketika itu juga van jenazah sampai utk di bawa ke masjid..
untuk dimandi dan disembahyangkan kemudian dikebumikan..
Kami menangis dgn sekuat hati..
Aku tak blh ikut sebab aku 'kotor'..Kenapalah masa ni..??
Semua org g masjid..
Aku,Kak Long dgn Uti duduk kat rumah jer..
Lepas tu Kak Long cakap nak g kubur..
Uti bagi cdgn supaya kitorg g naik kereta cik mamat..
Kemudian kitorg g mendpatkn kunci kereta..
Harapan kami musnah apabila kereta tak dpt 'start'..
Apbila kami hmpir berputus asa,kereta dpt d start kn..
Kak Long memecut laju ke kubur..
Apabila sampai di kubur,org2 tgh baca tahlil..
Aku tak dapat masuk ke kubur..
Hanya dapat tengok dari jauh..aku sangat terkilan..
Akhirnya,semuanya selamat..alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment