Menurut perkiraan tarikh lahir aku, aku ni jenis yg suka memerhati. Memang betul! Aku suka memerhati perangai remaja masa kini. Aku xckp diri aku bagus. Tapi ni adalah hakikatnya. Apa yg aku perhatikan, kawan-kawan aku ramai yg gila KOREA, xkira laki atau perempuan. Aku xkata aku xminat korea. Aku minat jugak. Tapi mereka punya minat ni lain mcm. Lain mcm yg mcm erm...... ko tau mcm penagih dadah ketagih dadah? Mcm tu jugak la mereka ketagih. Cuma mereka tak ketagih dadah tapi ketagih tgk mamat-mamat / minah-minah KOREA yg handsome/cantik. Mereka sanggup duduk dpn laptop berjam-jam semata-mata nak download benda-benda kaitan dgn KOREA. Aku xckp aku xprnh wat mcm tu. Aku pernah. Tapi semakin hari, fikiran aku sentiasa matang. Aku sentiasa berfikir baik buruknya. Tapi mereka mcm... aku xtau la. Tapi sorry to say, aku rasa nak cakap mereka tu KOLOT. Fikiran mereka benar-benar dipengaruhi dan mereka sentiasa nak pengaruhi fikiran org lain pulak.
Tapi korg perasan x, diorg ni ada masa utk benda-benda ni. Tapi diorg ada masa ker utk agama diorg? Cintakan benda-benda mcm ni drpd cintakan ALLAH. Aku xckp aku ni bagus, alim atau apa. Aku pun manusia jugak, ada kelemahan. Tapi aku akn cuba sentiasa muhasabah diri aku.
Ada beberapa kes kwn aku ni tentang agama dan korea..
1. N, dia ni pmnt korea.Ckp jer band apa, semua dia tahu. Ckp jer apa berita terbaru psl artis-artis korea, semua dia tahu. Tapi pada tadarus tahun lepas, kami dlm satu group. Bila turn dia baca Quran. Dia mcm gagap-gagap. Bila aku tny, selalu x baca Quran, dia jawab mungkin setahun sekali jer. MASYALLAH... inilah remaja masa kini, ada masa utk dunia, tiada masa utk akhirat.
2.M, lebih kurang jer mcm N. Tapi dia ni kira mcm ada la jugak ilmu agama. Bila ayah dia suruh hafal makna-makna surah Al-Fatihah, dia mengeluh kat aku? Knp mengeluh? Benda tu kan bgs? Korea boleh kenapa akhirat tak boleh.
Ya ALLAH, aku memohon perlindungan drpdMU drpd segala anasir negatif dan bukakanlah mata hati mereka utk kembali ke pangkal jalan...
AMIN. :)
p/s : maaf sekiranya ada yg terasa. Aku cuma menyatakan pandangan aku.