Hari ni (25/8/10) , anak jiran aku yg bernama Amal Nadia atau yg lebih dikenali sbg Nana telah meninggal dunia pada usia 8 tahun. Nana telah dijangkiti penyakit kanser tulang. Pada mulanya doktor mengesan pnykt Nana, doktor mengatakan yg dia hny boleh hidup hny 3 bulan shj. Alhamdulillah, setelah menjalani plbgi rawatan, dia dpt bertahan sehingga ke tahun ni. Pada awalnya, dia sudah beransur pulih. Siapa sangka, kanser sel di dalam badannya mula merebak ke seluruh anggota badannya. Ibu bapanya hanya pasrah menanti Nana dijemput Yang Esa. Sementara Nana masih hidup, mereka berusaha keras untuk memenuhi permintaan Nana..
Tetapi pada hari ni, Allah telah menjemput dia....
Semasa pulang dari sekolah, aku melihat banyak kereta berada di depan rumahku. Aku sudah mengagak apa yg berlaku. Air mata mula menghiasi kelopak mataku. Aku tahu... Aku tahu dia sudah pergi menghadap Allah Yang Esa..... Selepas itu, aku bersiap-siap utk melihat Nana buat kali terakhir. Adik Nana, Fifi, asyik merengek-rengek utk mengikut Nana manakala adiknya yg bongsu, Tasha, berlari-lari sekeliling rumah sambil memegang gambar Nana. Semua ini sgt menyentuh hati..........
Aku juga prnh rapat dgn Nana sblm dia jatuh sakit. Kami pernah main basikal sama2 tiap2 petang, amik gambar dan mcm2 lagi aktvti yg kami pernah buat sama2. Aku pernah menganggap Nana seperti adikku kerana aku tidak mempunyai adik prmpuan. Masa Nana sakit, mama dan kak as selalu menggesa aku untuk melawat Nana. Bukan aku taknak,tapi aku xsanggup melihat penderitaan yg dilalui Nana. Semua tu sangat menyayat hatiku. Akhirnya, aku xdpt melihatnya buat kali terakhir sblm dia m'hembuskan nafas terakhir. Aku agak terkilan. Siapa sangka sekarang, dia sudah pergi menghadap Ilahi...... Aku xmampu mengalirkan air mata yg berjurah-jurah.. hanya memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosanya dan mencurahi keberkatan ke atas roh Nana, InsyaAllah...
Rest In Peace, Nana...
Al-fatihah.....
25/8/10