Alhamdulillah, saya masih berdiri teguh di atas agama yang saya cintai iaitu ISLAM.
Hari ni saya ingin berkongsi tentang tips-tips untuk bertudung labuh.
Sejujurnya, saya bukanlah seorang muslimah sejati yang menutup aurat dengan sempurna.
Saya akui, saya masih belajar dan belajar untuk mencintai agama saya dengan sedalam-dalamnya.
Mohon Allah permudahkan.
Bercakap pasal tudung labuh.
Kalau nak diikutkan, keluarga saya mempunyai latar belakang agama yang baik.
Pak cik dan mak cik saya merupakan ustaz dan ustazah.
Dan pastilah mereka sangat tegas dari segi hukum agama.
Mungkin saya hendak katakan, saya ni orang bandar.
Saya tak macam beberapa orang sepupu saya yang bertudung labuh.
Bukan pintu hati saya tak pernah terketuk untuk bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna.
Tapi hati saya mengatakan saya masih belum bersedia..
Bukan ada hendak tahu mengapa??
Sejujurnya, saya seperti orang-orang bandar tipikal yang suka akan kelalaian dunia.
Ya, saya manusia biasa dan tidak sempurna.
Saya selalu berfikir, kalau saya pakai tudung labuh banyak yang saya perlu tinggalkan seperti :
- Lagu-lagu kegemaran yang mungkin penuh dengan unsur lagha dan melalaikan.
- Kehidupan remaja yang suka bersuka ria.
- Pakaian yang bergaya dan terkini.
Tapi bila saya fikirkan balik, kenapa saya perlu fikirkan semua ini?
Ini adalah tuntutan agama.
Saya masih belajar dan masih berfikir.
Ya Allah, please give me YOUR guidance.
*****************************************
Di sini saya letak beberapa tips untuk bertudung labuh [ copy paste FB xD ] :
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .
No comments:
Post a Comment