Salam alayk !
Heee. kenapa tiba-tiba saya bangkit pasal masak eh?
Entah, tiba-tiba nak cerita pasal masak.
Kalau dengar masak je, mesti ada yang fikir perempuan.
Tapi majoriti sekarang lelaki yang masak.
Betul tak?
Heee, back to entri 'Awak, awak pandai masak?'
Kalau awak tny sy balik.
Jawapan saya?
Erm, boleh la sikit-sikit.
Tapi sebenarnya baru je la boleh masak ni.
Dulu, tak boleh sebab makanan selalu orang je yang masak.
Since orang tu dah tak ada, mama la yg kena masak untuk kami.
Tapi kadang-kadang mama penat sangat dan tak larat nak masak.
Kesian pulak tengok adik-adik kebulur.
So, mulalah terdetik
"Kesian adik aku lapar. Kalau aku pandai masak kan senang?"
So, kesedaran nak masak tu muncul sejak orang tu dah tak ada.
Faktor lain adalah sebab mama dah asyik bebel.
"Kau tu perempuan, bila nak pandai masak?'
"Kau tu nanti dah kahwin nak bagi laki kau makan apa?"
Dan nanti mula la mama compare saya dengan BAKAL SUAMI TAK JADI
Sebab dia tu pandai masak !
Dan saya pun dah macam fikir pasal kahwin.
Tapi bagi saya, perempuan sejauh mana pun dia lari, pasti balik ke dapur juga.
betul x?
Dulu konon nak belajar masak lepas habis SPM.
Hampeh la... hehehehe :)
So, masa last semester, saya dah berjinak-jinak sikit dengan dapur.
So, boleh la setakat lauk-lauk senang tu.
Dulu kan, masa saya mula-mula nak kenal dapur,
Saya selalu masak maggi dan telur goreng je.
Heee, ingat ada satu hari tu...
Classmate masa sekolah sgt excited sbb dah pandai masak telur goreng.
lama-lama tu konon rasa mcm nak move ke next step.
Ada one day, nak masak nasi goreng.
Tiba-tiba cili giling dah habis.
Saya dah separuh jalan masak baru tersedar pulak.
So, ambil inisiatif guna cili sos.
Agak pelik rasanya.
Tapi adik-adik saya suka.
Mereka panggil "Nasi Goreng Melekit"
Sejak tu, mereka mintak lagi nasi goreng tu.
memang tak la kan... =.='
Mama saya iri hati dengan saya
sebab makanan saya yg satu tu la yg selalu adik-adik sy igt.
Sedangkan mama yang masak bertahun-tahun untuk kami,
Tiada siapa yang ingat.
But my mom's dishes is still the best !
Ok, semoga pandai masak eh awak semua !
kita belajar sama-sama :)
Wallahu'alam :)
No comments:
Post a Comment