22 August 2012

Hijrah ?

Sebelum ni sy pernah mention yg hati dah mula memberontak untuk berubah.
Tapi bukanlah secara mendadak, betul x?
Sy cuba minta pendapat org sekeliling sy.
 Terutama dari parents sy..

Mula-mula minta pendapat rakan-rakan.
Mereka support je.
Mereka nasihat pun, jgnlah berubah mendadak.
Slow-slow dan mula dari bawah.
Sy terima :)

Lepas tu sy text Rumaiso'.
Sy tny samada dia ada tudung labuh yg dia dh x pakai.
Dia agak terperanjat.
Kemudian, sy cerita la niat sy nak berubah.
Nasihat yg sama diberikan. :)

Di rumah, try pulak tny pendapat mama dan baba.
Dan sy tny skali pasal purdah.
Kerana macam teringin.. Heeee :)
Mama dan baba dua-dua object kalau sy nak pakai purdah.
Katanya ekstrem sgt.
Tapi Baba cakap, kalau betul nak berubah,
Kena la perbetulkan ilmu agama dulu.
Tapi mama pulak cakap,
tak kisah la mana nak ubah dulu.
Janji ada niat nak ubah diri.
Ok, dua-dua nasihat sy pertimbangkan..

InsyaAllah, saya mula dari bawah :)


No comments:

Post a Comment