*For the last minute person like me ^.^V
Aku ni bukanlah student 4 flat and bijak sangat ada otak macam Einstein. Tapi pointer aku boleh la setakat lepas nak belajar kat UiTM ni lagi. Alhamdulillah. :) Aku ada cara aku tersendiri nak study. Aku mengaku aku memang jenis yang study last minute. Dari sekolah lagi memang macam ni. Tapi masa sekolah dulu memang kena study hard. Dah cuba nak study smart macam mana pun, tak smart jugak. hehehe ^.^v . tapi bila dah masuk universiti ni, boleh la study smart. Life pun tak susah macam zaman sekolah dulu. Okay, here are my tips :
1. Penyertaan dalam kelas.
- kenapa aku tak guna 'fokus dalam kelas'? Sebab nak cakap fokus tu, kadang-kadang je la. hehehe. Tapi penyertaan dalam kelas tu penting. Kalau lecturers suruh buat latihan dalam kelas, kena la buat. Walaupun di selang-seli dengan gosip bagai. Tapi still, fokus tu SANGAT PENTING.
2. Berebut nak duduk seat depan.
- Dulu masa sekolah, selalu tak dapat duduk seat depan sebab seat depan selalu di kuasai budak-budak pandai. tapi sekarang dah lain, aku lah penguasa seat depan. Hahahaha *gelak jahat sambil tutup mulut :p Ok, pernah dengar tak kalau kita duduk seat depan, ilmu tu lagi cepat sampai kat kita? Aku percaya la benda tu. So, kena la amalkan. Agak-agak datang kelas awal tu, cepat-cepat la duduk seat depan. heeee :)
3. Quiz dan Test
- Sejujurnya, aku ni orang yang suka study last minute. Kalau ada quiz dengan test, biasanya aku akan study 2 hari sebelum quiz and test tuh. Itu paling awal la. Paling lambat sehari sebelum la. Tapi tengok la tahap kesusahan subjek tu. kalau subjek susah tahap gaban, hari ni test baru nak study, memang lingkup la test. Hehehehehe...
4. Attendance
- Kedatangan sangat penting. Jangan ponteng-ponteng melainkan MC.
5. Assignments
- Sebut pasal assignment, kebanyakan assignment kan buat dalam group. So, kerjasama sgt penting la. Kalau nak cakap pasal assignment, aku tak suka di push push, di pull pull atau yang sewaktu dengannya. Aku jenis yang relax, cool dan tak rushing. Kalau org buat push pull ngan aku, sumpah aku rasa nak mengamuk. Aku jenis susah nak stress. Tapi sekali aku dah stress, blog la tempat aku luah rasa. *ceh, cakap macam nak gempak je XD. Sekali aku dah stress, aku tak nak buat kerja, aku akan jadi malas. So, better jgn push pull aku.
6. No rush, stay relax and cool.
- Kalau ada assignment, aku tak suka nak rush sangat. Tapi kena la tahu kesesuaian masa. Pastikan ada masa untuk diri sendiri jugak :)
7. Pandai bahagikan masa.
- Aku kan ada jawatan sebagai Exco. So, kadang-kadang ada event tu dekat la plak dengan quiz,test dan tarikh nak hantar assignment. Bila dah tau ada event nak jalan dalam masa terdekat, kena la pandai-pandai adjust benda tu. InsyaAllah, event pun tak ganggu study nnt.
8. Final
- Orang macam aku, tak fikir final lagi sepanjang 14 minggu kuliah. Time 14 minggu kuliah tu aku hanya fokus pada carry mark je. Carry mark kena la dapat 30% ke atas kalau nak dapat A untuk subjek. Final aku akan start fokus masa study week. Masa study week nnt, pandai-pandai la bahagikan masa nak study apa dulu. kalau aku, biasa start fokus dengan subjek yang susah dulu baru la yang senang, walaupun paper yang senang tu kena amik dulu. Takut nanti tak cukup masa nak study.
9. Kenal pasti pesaing
- Dulu, masa aku nak masuk UiTM, ramai yang cakap bila masuk UiTM ni, daya saing kena tinggi sebab kita pun bersaing dengan anak Melayu jugak. So, dalam kelas tu tengok-tengok la siapa pesaing terdekat. kalau boleh, study sama-sama dengan diorg :)
10. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal
- Ini lah tips yang PALING PENTING. Doa tu, doa la sekali untuk kwn dan sentiasa la mintak doa daripada parents walaupun cuma nak amik quiz je. keredhaan Allah tu kan terletak pada keredhaan ibu bapa. :) Lepas dah usaha dan ikhtiar, tawakal la kepada Allah. Dia lebih Mengetahui :)
Ok, cukup sampai di sini. Nanti orang tak larat nak baca :P
See ya :)
No comments:
Post a Comment