15 September 2012

Forum On The Spot !


Salam alayk !
Forum on the spot? Phewwww... ;)
Semalam, bersamaan 14/9/2012.
Macam biasa pergi ke kelas KO pada pukul 5 pm.
Jejak sahaja kaki di pintu kelas, tgk mereka tgh susun meja.
Ya Allah, serius tak tau hari tu kena buat forum.
Actually tahu kena buat forum.
Tapi tak sangka pulak forum tu hari tersebut.
Dengan tak ada topik dan preparation bagai.
Memang dah cuak tahap gaban la.
Tangan dah menggigil. heeeeee ~~~~

Sementara tunggu yang group pertama buat forum dia,
aku dan group aku sempat la bincang topik apa yg nak dibentangkan.
Fikir punya fikir, ambik topik yg paling senang la ..
 IBU BAPA :)

Pastu bincang-bincang la..
Memang isi forum pun belasah je la.

Tiba giliran kami.
Kami group yg ke 3 present.
 Aku sebagai speaker.
Point 1 - Aida = Kenapa kita perlu menghormati ibu bapa.
Point 2 - Pipa = Adab-adab terhadap ibu bapa.
Point 3 - Aina = Faktor-faktor anak derhaka kepada ibu bapa.

Komen Ustaz :
Ada ke ustaz cakap group aku group 'Raja Lawak' .
Sebab time kitorang present tu, kitorang siap gelak bagai.
Mana taknya, semua isi just on the spot.
Memang tak nervous pulak. huhuhu.
Ustaz cakap group kami present kurang dalil dan hadith.
Ustaz.... kami buat isi on the spot ustaz.
Kami tak ada preparation. hehehehehe :D
*Gila ke nak cakap macam tu kat Ustaz.
Tak macam group lain...
Siap ada macam-macam dalil dan hadith dan fakta bagai.
Gempak la diorang kan :)

Tapi aku sempat cari satu dalil ni...

Allah berfirman dalam Surah Luqman Ayat 14 :

Bismillahirrahmanirrahim :

" Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali. "

Kesimpulannya :
Sayangi dan hormatilah kedua ibu bapa kita. Make them proud ! :D

p/s : Miss mama & baba
xoxo

Wallahu'alam :)


No comments:

Post a Comment