Salam alayk :)
Entri ini mungkin pendek shj.
Hanya ingin meluahkan bicara hati yg terpendam.
Fitrah manusia, jatuh cinta pada kaum tidak segender.
Siapa yg tidak ingin menyayangi dan disayangi kan?
Dan yg paling aku gembira apabila ada sahabat yg sudah diterima istikharah mereka :)
Kadang-kadang tertanya, aku bila lagi?
Bercakap soal hati, hanya Allah dan kita shj yg tahu.
Aku nak berbicara megenai kisah hatiku.
Aku sudah cuba sedaya upaya aku untuk lepaskan dia.
Tapi macam mana pun aku cuba, aku masih tak boleh tipu diriku sendiri.
Aku kadang-kadang berpura-pura.
Tapi kadang-kadang aku redha dan rela dgn semua ini.
Aku sokong pilihan hatinya.
Dan aku akan sentiasa buat begitu...
Sejujurnya, aku sudah tidak menaruh harapan lagi pada dia.
Tapi, hati aku masih belum boleh melepaskan dia.
Jadi, apa yg hanya aku mampu dapat adalah untuk menjadi sahabat dia.
Walaupun, sehingga hari ini aku masih berdoa agar dia adalah jodohku.
Apapun, aku gembira kerana berpeluang menjadi sahabat dia.
Itu sudah cukup buat diriku.
Kerana aku percaya, magis akan berlaku.
Cuma tak tahu magis apakah?
Dan aku membuat keputusan, aku akan tunggu dia...
Selagi dia belum jumpa sesiapa yang mampu mencairkan hati dia
Dan sesiapa yg mampu cairkan hatiku.
Wallahu'alam :)
No comments:
Post a Comment