28 January 2013

Teater Muzikal Destini Anak Bangsa : Tan Sri Arshad Ayub

Assalamualaikum my dear readers :)
Jumaat lepas (25/1/13), buat pertama kalinya aku pergi menonton teater muzikal.
Sebenarnya, sebelah hati nak pergi dan sebelah lagi tak nak pergi dan memberontak nak balik rumah.
Yela, kalau tak diwajibkan untuk pergi teater ni, hari Rabu aku dah cabut balik rumah dah.
Tapi tak apa la, kesian presiden aku. Nak jaga hati dia. *konon* LOL XD

So time nak pergi tu kami diberi tiket dan elaun RM 6 :)
 And ada 4 bas yang pergi.
Kami bertolak dari UiTM dalam pukul 3pm lebih...

This is the ticket. *Tak tau kenapa gambar tu terbalik XD*

 Masa ontheway dalam bas tu, mmg bosan gila la.
Nak buat kerja 'evil', mangsa tak tido tido pulak.
Takut di 'evil' kan, aku pun sanggup tak tido. haha >.<

Kebosanan ! Bergambar dalam bas. hihihi XD


Layan muzik je la keja aku. * Ni namanya gambar SS XD *

Pastu, masa dalam perjalanan tu, hujan turun dgn lebatnya.
Sampai Shah Alam, jammed teruk dan banjir.
Dan juga kebuluran =='
Bas lain semua dah sampai, bas aku je yg stucked kat jammed.

Nampak tak banjir tuh? Tak nampak buatbuat nampak je la kay XD

Dalam 9.30 mcm tu baru la kami sampai ke UiTM Shah Alam.
Nasib baik masa tu teater pun baru start, so tak ketinggalan banyak sgt la :D
 Sebenarnya kan, tak boleh ambil gambar tau masa tgk teater ni.
Tapi aku ambil senyap-senyap. hihihi..
Jahatkan aku? LOL XD

Pelakon teater ni terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM sendiri. Dan ada artis jugak.
Ada Tony Eusoff, Intan Ladyana, Azizah Mahzan, Esma Daniel dan .. *sorang lg tak ingat XD *
Lagu-lagu dia pun best-best jugak.. hihihi.
Erm, teater ni not bad la jugak...
Ada sedih, lawak dan sebagainya... *mixed feeling*


Ringkasan cerita *base apa yg aku paham la* :

Arshad ni anak yatim dan dari keluarga yang susah. Dia anak sulung dan ada ramai adik. Dia nak berhenti sekolah sbb nak kerja dan tolong mak dia sara adik-adik. Tapi ada kwn dia bg semangat kat dia supaya dia teruskan belajar sbb Arshad ni pandai. Dan dalam masa yang sama ada jugak kawan dia yg hasut dia berhenti belajar. Tapi dia teruskan jugak belajar. Siang pergi sekolah, petang dia kerja.Arshad ni bercita-cita nak tolong family dia dan org kampung dia. Lepas tu dia dpt sambung belajar ke oversea. Lepas balik oversea, mula-mula dia jadi cikgu kat Batu Pahat. Mak dia pulak meninggal dan dia tak sempat jumpa mak dia. Lepas tu dia transfer ke Penang. Masa dekat Penang dia jumpa dgn isteri dia, Zaleha. Masa nak ngorat Zaleha tu, hari-hari dia pergi pejabat pos beli setem. Dalam masa yang sama, ada seorang lelaki ni bernama Zain nak ngorat Zaleha jugak tp Arshad la yang menang. Lepas tu terus masuk cerita kat UiTM. Masa kat UiTM ni, ada student tak suka dia, ada student yang suka dia. Banyak la perubahan yang dia dah buat utk UiTM untuk mengubah destini anak bangsa. Dia nak tolong org melayu dan org susah. Lepas tu, konon masa tu dia nak kena transfer ke mana entah, student sedih la nak lepaskan dia pergi... *sampai situ je la kot rasanya* huhuhu. - Tak tau la betul ke tak susunan cerita ini. -


Ni time dia sekolah dulu.

Menari menari... lalala ~~

This is the man : Tan Sri Arshad Ayub

Kenal tak kenal tak?


They singing "Mengubah Destini Anak Bangsa"





P/s :  Ini adalah kali kedua aku jejakkan kaki ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). First time aku jejakkan kaki aku ke dewan ni masa "Karnival Sejuta Langkah Ke UiTM" tahun 2011. Masa aku pergi karnival tu, aku cakap dalam hati "Jangankan sejuta, selangkah pun belum tentu aku nak jejak UiTM". Kenapa aku rasa mcm tu? Sbb masa tu aku memang anti gila dgn UiTM. Jgn tny kenapa. And masa tu aku confident gila dapat UIAM. Tup tup dapat jadi student UiTM. Actually mmg dpt pun masuk UIAM, tp aku pilih UiTM sbb aku nak ringankan beban parents aku. Yuran UiTM kan murah? hihihihi.. #UiTMDiHatiku :D


2nd time @ DATC as a UiTM student :D



 Till then, see ya :D

No comments:

Post a Comment