Assalamualaikum w.b.t.
Akhirnya, cuti semester aku dah bermula.
Unfortunately, I had a bad beginning for my semester holiday.
Semalam (13/4/2013), aku telah didatangkan dengan satu ujian.
Masa tu, tengah on the way balik rumah dari Segamat ke KD.
My family and I berhenti rehat dekat R&R Dengkil.
Kami makan-makan pastu solat Maghrib.
Masa tu dekat dalam surau perempuan.....
Dalam surau tu ramai sangat orang....
Masa tu aku tengah nak cari telekung untuk dipakai.
Dalam beberapa minit kemudian, aku ingin pergi dapatkan beg aku yang aku tinggalkan dekat tepi dinding.
Lepas tu, aku terkejut tengok barang-barang yg aku letak atas beg aku tuh ada dekat lantai.
Aku pun tanya mak cik dgn seorang gadis yg duduk di tepi dinding tu
Aku : Mana beg saya ?
Gadis : Tadi ada orang dah ambil.
Aku : HAAA ? Serius.
Gadis : Aah. Saya ingat dia mak awak. Dia pakai tudung-tudung oren.
Mak cik : Awak seorang je ke ?
Aku : Aah. *Istighfar kejap*
Kemudian aku round satu surau tu.
Kot-kot kalau sebenarnya ada org tersalah ambil beg.
Kemudian aku pergi balik kat mak cik tu sambil berkata :
" Mak cik, beg saya kena curi "
Gempar kejap surau tu masa tu.
Kemudian aku lari keluar dari surau dan round satu R&R.
Tak jumpa.
Kemudian, aku tunggu depan surau lelaki dan tunggu Baba.
Bila Baba keluar aku terus ckp :
" Ba, please call my phone. My bag got stolen "
Yeah, konon speaking kannn...
Tapi aku pun tak tau, bila aku marah / gelabah, mmg aku akan speaking English.
Okay, cut the crap.
Tapi pencuri tu dah off kan handphone aku.
Siot la !
Then, Baba suruh aku pergi solat dulu dan Baba pergi round satu R&R.
Unfortunately, we had no clue.
Kemudian, kami buat report polis dekat Balai Polis KD.
First time in my life buat report polis. hewhew :3
Well, ini first time kejadian curi berlaku dekat aku.
Dan aku agak terkejut.
Aku nak menangis, tapi aku tahan.
Tapi bila aku dpt luah dekat seseorang, merembes air mata aku keluar.
Ya Allah, aku terima dugaan ini :(
Aku terkilan sangat sebab dalam beg tu ada :
1. Purse. Purse pemberian Kak Fiffy sempena birthday aku yg ke 19 :( Dalam purse ada :
- RM 100 baucer buku (baru ingat nak beli buku latihan untuk MUET :[ )
- IC, kad diskaun, kad medic, kad popular, kad pelajar masa sekolah, kad injection HPV
- Gambar kelas masa Form 5 dgn gambar pasport baru cuci kot...
- Kertas yg ada kata-kata motivasi dari Miss Fi
- Ada duit untung jual token dobi. Adalah dlm RM50 lebih rasanya.
2. Handphone Samsung Galaxy Y aku weyh !!!!!!!!! Dah la baru 3 bulan lebih je guna :( Sumpah aku rindu gila dekat handphone aku. Dan inilah punca aku menangis teruk jugak la. Dah la handphone tu pakai memory card 4GB and ada banyak benda penting dalam tu.
3. Jam tangan dari Syira dengan Epul bagi time birthday aku yg ke 19 :( .
4. Al-Quran, Al-Mathurat dan Buku Surah-Suruh Pilihan. Yang aku sedih, Al-Quran tu aku tak habis khatam lagi. Lepas tu, penanda untuk Al-Quran tu adalah penanda buku dari Faten yg dia buat sendiri. Buku surah pilihan tu pulak hadiah dari Pah. Alaaaa.... sedihnya :(
5. Botol air favourite kita.... :(
6. Barang-barang make up. Yang sedihnya, semua barang make up kita tu semua yg baru guna.... :(
7. Kunci bilik kita kat kolej...
Hmmmm.... apa boleh buat.
Benda nak jadi kan ? :(
Tak apa lah, mungkin ada hikmah Allah nak tunjuk.
Atau mungkin ni adalah balasan atas dosa-dosa aku.
Aku kena terima.
Aku kena muhasabah diri aku balik.
Allah, bantu aku.
Salam.
No comments:
Post a Comment