Assalamualaikum w.b.t
Semester baru, cabaran baru.
Alhamdulillah, semester ni aku berjaya untuk pegang lagi 1 jawatan iaitu
Biro Kerohanian untuk JPK Sektor C.
Perghh.. berat tu jadi JPK.
Dulu masa aku Part 2 pernah jugak dpt offer jadi JPK.
Tapi 10 kali jugak la aku duk fikir nak terima.
Tapi nak buat macam mana, masa tu aku cuma nak setia dengan IRAMA je.
Acah-acah je tu. HAHA ><
Tapi pernah tak bila kau sampai satu tahap, kau macam nak 'UP' kan diri kau.
Dan itu yang aku lalui.
Okay, sebenarnya mcm ni....
Kita imbas balik masa aku Part 1 dulu.. Masa MDS.
Masa tu, ada la UiTM ni duk tunjukkan kat kitorg pelajar-pelajar yg cemerlang.
Bukan sahaja dari akademik, malah dari segi kokurikulm sekali.
So, dari situ aku dah mula berangan nak jadi mcm tu.
So, sekarang ni, aku nak realisasikan impian aku tu.
Belajar, aku dah ok. Alhamdulillah. :)
Jawatan pun ada pegang jugak dalam kelab persatuan.
Tp tu lah, mungkin nmpk mcm gila jawatan pun ada jugak..
Tapi sebenarnya aku nak cari satu pengalaman baru.
Aku nak cabar diri aku sendiri.
Aku nak sijil.
Aku nak sijil.
Aku nak belajar macam mana nak uruskan masa. Dan banyak lagi la.
Dengan sekarang ni UiTM pulak dah tukar sistem belajar.
Apa entah nama sistem tu. Blended learning ke apa ?
Di mana kitorng dalam 1 minggu tu, 1 subjek hanya belajar 3 jam je.
Dulu 4 jam.
Konon nak amalkan sistem belajar melalui online. Katanyaaa...
Tapi tulah, mcm mencabar pun iye jugak.
Follow je la ek ?
So, kira sem ni mencabar la ek ?
Ada jawatan kat IRAMA.
Pegang lagi Biro Kerohanian dekat JPK.
Sesuaikan diri dgn sistem pembelajaran baru UiTM.
Need to focus on IRAMA + JPK + Study.
Rabbi Yassir wala Tuassir.
Amin.
Xoxo, Luv Fa :)
P/s : Seram sejuk je aku bila lecturer EcoMal duk tgk aku atas bawah bila dpt tahu aku pegang Biro Kerohanian. Kemudian dia ckp : 'Ok, lulus.' Phewww.... (-.-)-3
No comments:
Post a Comment