Assalamualaikum w.b.t
Sejak kebelakangan ni, aku TERSANGAT kering idea nak update blog.
Entah lah... aku rasa sejak kebelakangan ni hidup aku macam tak ada yang menarik sgt utk dikongsi.
Tapi, semalam aku dapat idea untuk buat satu entri ni.
tentang BUAT SILAP.
Agak-agak apa ? o.O
Sebenarnya ramai tanya aku mcm mana cara aku belajar.
Sebabnya, rezeki daripada Allah, setiap semester aku dapat result exam yang memuaskan.
Alhamdulillah....
Tau tak macam mana aku perah otak aku untuk bagitahu org cara aku belajar setiap kali diorang tanya cara-cara aku belajar ?
Dan aku akan sentiasa krikk krikk kat situ...
Iya la, sejujurnya aku bukan la seorang yg kuat belajar ke apa.
Setiap kali ada quiz or test, mana ada aku study gila-gila.
Baca pun buka buku selak-selak je.
Lepas tu lebih banyak tidur daripada study.
Nak buat note ? Tunggu final baru rajin.
Lepas tu dalam kelas pun nak kata fokus gila-gila tu tak ada jugak.
Asyik mengantuk, termenung, tengok orang ....
Tapi lama-lama aku fikir dan fikir...
Dan baru-baru ni aku rasa aku dah dapat jawapannya....
iaitu sentiasa BUAT KESILAPAN.
Setiap kali test atau kuiz, aku tak pernah dapat result yang memuaskan.
Dan mestilah aku kecewa gila gaban.
Dan kemudian aku sedar aku dah BUAT KESILAPAN di situ.
Dan daripada situ aku tanam azam dalam diri untuk tidak buat kesilapan yang sama.
Katakan aku tak dapat result yang teruk tu,
mungkin aku akan jadi lalai, bongkak, terlebih yakin dan sebagainya.
Jadi aku rasa baik aku sentiasa BUAT SILAP.
Bila kita tahu kita dah BUAT SILAP, kita akan belajar dari kesilapan kita.
Tapi kali kedua kita buat silap, itu bukan silap, itu PILIHAN.
Jadi korang, salah satu tips belajar aku adalah sentiasa BUAT SILAP.
Because MISTAKES is the best teacher.
And never afraid of failure and making mistakes.
P/s : Tapi jangan lupa tips yang paling penting iaitu keredhaan Ibu Bapa. Keredhaan Ibu Bapa itu adalah keredhaan Allah :)
XOXO, Nurul :)
No comments:
Post a Comment