01 September 2013

The Independence Day : Break The Rules

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat yang lepas (30/8/13), boyfriend kak Nia, Abg Soh turun ke Segamat bersama rakan-rakannya, Azmin dan Pali, utk melawat kak Nia. Lepas tu, Kak Nia pun ajak la aku dan Tipah utk teman dia jumpa abg Soh. So, kitorang pun follow la. Follow pergi makan-makan. Mula-mula ingat makan kat IFC je. So aku dan Tipah pun pakai baju T-shirt, berseluar track dan berselipar tandas. Sekali diorang bawa pergi makan kat OS. Perghh, dah la tidak berbaju kurung pada hari Jumaat dan tidak membawa kad matrik. Nasib baik duduk dalam kereta so pak guard pun tak check kan. Betul-betul break the rules. Hahahaha XD  Dekat OS kitorang makan kat satu kedai Tom Yam ni, mmm... sedap la tom yam dia. :P Dan yang paling 'sedap' bila ada orang belanja. Thank you Pali :')

Dan bila dah balik UiTM balik, tiba-tiba kak Nia ajak kitorang turun JB pulak. So, sebab aku dan Tipah macam bosan-bosan di UiTM ni, kitorang pun terima la tawaran kak Nia. Tapi petang tu dapat tahu tak jadi pulak atas sebab-sebab tertentu. Lepas tu, malam tu pulak, tiba-tiba ada perubahan rancangan. Kak Nia pun pujuk la kitorang utk ikut dia turun JB dgn abg Soh dan semua. Lepas sesi pujuk memujuk dan fikir-memikir, kitorang pun jadi la ikut kak Nia turun JB. Bertolak dari UiTM dalam pukul 11 malam lebih jugak. Masa tu agak rushing la. Pergi JB pun pakai selipar jamban je. adoyaiii. Tak pernah aku seselekeh itu. Pergi kelas pun lagi bergaya tau tak. Hahahaha. Ikut apa yang sempat je time tu.

So, di JB, kami bermalam di rumah atok saudara Azmin. Awkward tak awkward la.. huhuhuhuhu

So, pada 31 Ogos 2013, sambutan Hari Merdeka. Kami menyambutnya di JB. Diorang bawak aku jalan-jalan turun JB. Aku kan dah lama tak turun JB. The last time aku turun JB pun masa aku kecik-kecik dulu.

So, di JB, kitorang makan-makan dan jalan-jalan di The Galleria. Lepas tu pergi Danga Bay, menikmati pemandangan indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. perghh ayattt... tak menahan ;p  After that, pergi Skudai Parade bermain bowling and tengok wayang. Teringat time main bowling. Asyik main masuk longkang je.. Tak pernah aku main seteruk tu. Strike pun tak ada. Biasanya senang je nak strike. Tak tahu nak salahkan bola, lane atau tangan yang tak bedung. LOL XD Dan malam tu kitorang tgk movie Elysium. Dalam panggung tu pulak ada kitorang je dan ada la 2-3 pasangan lain. So panggung tu memang mcm ktorang yg punya la. Sebelum start movie tu, kena nyanyi lagu Negaraku dulu. So kitorang dgn semangatnya bangun dan nyanyi lagu Negaraku dengan sekuat hati. Hewhew ^^ Lepas tu kitorang terus shoot balik Segamat. Sampai Segamat dalam pukul 12.40 am. 

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............
Dah lama tak berjalan. Rasa enjoy sangat walaupun penat ! Terima kasih Kak Nia, Tipah, Abang Soh, Azmin dan Pali. Walaupun baru first time jumpa, mereka best sangat. And Pali, si tukang penaja aku. Thank you sangat. Terharu sangat bila dia asyik keluar duit belanja aku. Bila aku nak bayar balik mesti dia cakap 'ala, tak apa la. Bukan selalu jumpa pun.'  Haih, tercalar prinsip aku. :')

Oh, lagi satu nak cakap. Pali ni kan muka dia macam Randy Pangalila tau. Patut la bila first time jumpa muka cam familiar je. Aku siap Google lagi. Hahahaha. Pastu first time dpt naik kereta Mazda. Abg Soh bawa kereta Mazda weyh. Itu je la. Kbye. ^^v

Enjoy our pictures :

Me, Kak Nia and Tipah.

Me with Tipah at Danga Bay :)


Abg Soh dgn Azmin buat action ala-ala Titanic pulak. Yg tgh amik gambar tu Pali.

Abg Soh and Kak Nia. Sweet je tgk diorang :)

My first visit to Danga Bay :)

This slipper brought me to JB. I should wear a shoes T.T


So, that is how I spent my time on The Independence Day.

Xoxo, Nurul :)

P/s : Akhirnya Part 5 baru dapat jejak JB. Gonna miss those moments. hewhew ^^

No comments:

Post a Comment