Assalam --
#Copy Paste. Moga bermanfaat. InshaaAllah :)
Tips Memantapkan Iman :
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat. Sekurang-kurangnya ucaplah alhamdulillah
02. Sabar apabila mendapat kesulitan. Jangan mudah kecewa dan mempersoalkan ujian dari Allah
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program. Kita merancang, Allah merancang. Perancangan Allah tu 100% lebih baik.
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan. Kita sedar segala hal yg berlaku kehendak Allah yang diselitkan dengan hikmah.
05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan. Usah berduka terlalu lama, khuatir itu membuat kau jauh dari rasa syukur.
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan. Bukankah setiap kegagalan itu tangga sebuah kejayaan?
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan. Jika berputus asa maka sama macam kita tak redha.
08. Jangan irihati dengan kekayaan orang. Tetapi berusaha untuk menjadi berjaya juga dunia dan akhirat.
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang. Doakan kejayaan mereka insyAllah doa itu kembali kepada kita.
10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan. Kalau ada rasa riak ingatlah siapa yang memberi kejayaan itu padamu.
11. Jangan tamak kepada harta. Harta itu boleh 'membunuh' jika tak disyukuri. Bunuh apa? Bunuh iman :'(
12. Jgn trlalu ego akn sesuatu kedudukan. Semakin di kejar darjat di dunia khuatir semakin rndah darjat kita dgn Allah.
13. Jangan hancur kerana kezaliman. Kita selalu terlupa kezaliman yang kita buat akan berbalik semula kepada kita.
14. Jangan goyah kerana fitnah. Bila difitnah kita mula marah kecewa dan mula jauh dari Allah. Rugi.
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. Buat sekadar mampu jangan sampai membebankan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram. Rugi kan rezeki yabg halal jadi haram kerna percampuran itu?
17. Jangan sakiti ayah dan ibu. Buat mak ayah sakit hati dan tak redha memang tak akan hidup tenang la jawabnya.
18. Jangan usir orang yang meminta-minta. Kalau liat nak bersedekah jangan ditanya kenapa rezekimu tak melimpah.
19. Jangan sakiti anak yatim. Kita seharusnya mendahulukan mereka seperti beri mereka mkn terlebih dahulu sebelum kita.
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar. Dosa yang lama masih belum ditebus, kenapa mahu mencipta yang baru?
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil. Dari dosa kecil mungkin beralih ke dosa besar. Nauzubillah.
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid). Jadikan masjid bukan sekada tempat untuk solat.
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk. Kosongkan minda abaikan dunia.
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid.
25. Biasakan solat malam. Tahajud menanti anda.
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah. Doa itu kekuatan kita bukan kelemahan.
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat. Perbanyakkan puasa sunat daat membantu kita mengawal diri.
28. Sayangi dan hormati fakir miskin. Jangan kaya harta miskin peribadi.
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah. Lain-lain hanyalah makhlukNya.
30. Jangan marah berlebih-lebihan. Islam sudah menyediakan panduan apabila marah. Manfaatkan.
No comments:
Post a Comment