Bismillah ---
Aku ingin bertanya ---
Pernah tak,
Kau jatuh cinta pandang pertama ?
Pernah tak,
Kau berusaha memenangi hati si dia ?
Pernah tak,
kau meluahkan perasaan kau pada dia dan kemudian kau ditolak ?
Pernah tak,
kau mengelak dari dia kerana hati kau terluka ?
Pernah tak,
kau menangis kerana kau gagal menangi hati dia ?
Pernah tak,
selepas kau ditolak, kau masih mengharapkan dia dalam diam ?
Pernah tak,
kau cuba menggunakan orang tengah untuk mendapatkan dia ?
Pernah tak,
kau cuba redha dan terima segalanya tapi sebenarnya kau masih tak boleh ?
Pernah tak,
kau beratus-ratus kali kata 'move on' tapi sebenarnya kau tak ?
Pernah tak,
kau terlalu sayangkan dia sehingga kau tahu segala-galanya tentang dia ?
Pernah tak,
bila dia terluka dan sakit, kau juga turut merasakan keperitannya ?
Pernah tak,
kau cuba mencari yang lain tapi dia tetap di hati kau ?
Pernah tak,
kau cuba tidak pedulikan dia dan akhirnya kau kalah ?
Pernah tak,
kau hanya ingin bersahabat dengan dia sekiranya kau tak dapat menangi hati dia ?
Pernah tak,
kau terlalu gembira apabila mendapat pesanan ringkas daripada dia walaupun hanya perkataan 'okay' ?
Pernah tak,
walau sesibuk mana pun kau, kau tetap akan melayan kerenah dia bila dia cari kau ?
Pernah tak,
kau rasa hanya dia sahaja yang mampu buat kau gembira. Tiada lelaki lain.
Pernah tak,
kau rasa kau tidak akan memandang lelaki lain selain dia ?
Pernah tak,
Kau rasa dialah lelaki terakhir yang kau inginkan ?
Pernah tak,
kau rasa kau nak berkahwin dengan dia ?
Pernah tak,
kau harap hanya dialah jodoh buat kau ?
Pernah tak,
kau berkata pada diri kau, hanya dia yang kau inginkan ?
Pernah tak,
kau berkata pada diri kau, 'AKU TAKKAN BERPUTUS ASA' ?
Pernah tak ?
Sebab, aku pernah. Dan aku merasakannya sekarang.
No comments:
Post a Comment