05 September 2014

My Farewell Party.

Bismillah.

Sepanjang aku cuti sempena nak tunggu masuk degree, aku kerja part time kat Tropicana Medical Centre department Customer Service. Best jugak la kerja kat sini lagi-lagi bila ada team yg havoc bak hanggg seperti Kak Dayah & Abang Kannan. Tapi kadang-kadang ada jugak la stress. Lagi-lagi bila kena hantar masuk bilik operator jawab call. Paling tak suka sebab tak dapat nak bergaul dengan orang. Tapi, biasa la adat kerja kan.

And yang paling best kerja kat sini bila dapat bergaul dengan doktor-doktor. Doktor-doktor kat sini walaupun kaya-raya tapi humble gila. Paling suka Doktor Nawar. hihihi. Tak macam sesetengah staff yang setakat kerja admin tapi berlagak nak mam***. And apa yang best jugak bila dapat bergaul dengan patient yang peramah dan dapat jumpa retis uolss. hahaha.

Banyak memori la kerja kat sini. Gaduh dengan nurse. Tengok patient mengamuk. Tolong jaga mama & baba yang admitted kat hospital ni sebab denggi. Phewwww ----

So pada 15 Ogos 2014, aku telah menamatkan perkhidmatan aku di Tropicana Medical Centre sebagai receptionist cum telephone operator. Dan aku terharu sangat sebab family customer service sanggup buat party farewell and jamuan raya untuk aku time tu.

So, apa kata biar gambar berbicara ---

Semangat kopak lemang ---

Kak Effa tukang potong lemang.

Sesi potong kek. Sedapnya kek red velvet :p

Team Customer Service yang berbaju pink :)

My team :)

Suriya, member operator yang agak rapat dengan aku. She is a very helpful and lovely person. Banyak ajar aku pasal angkat telefon bila aku kena campak kat bilik operator. Seronok kawan dengan dia :)

Kak Nur.. member operator jugak :)

Kak Effa supervisor operator yang tegas aumm aumm --- ahaha ><

Kak Dayah. Teman paling rapat. Paling sayang. Paling buat aku jadi gila-gila. Ya Allah, rindu gila dengan kak Dayah. She is my laughing pill masa aku kerja kat TMC. Mula-mula aku takut jugak dengan dia sebab garang kemain. However, dia banyak ajar aku utk jadi a better receptionist. And she treats me like a family. Satu family dia aku kenal. Baju raya dia tahun ni pun aku yang pilih. Ya Allah, terima kasih temukan aku dengan kakak yang baik ini :)

With kak Nisah my supervisor and Mr Danny staff CSD baru tapi peramah gila. :)

With kak Wani, mummy-to-be :)

Abang Kannan the driver, my other laughing pill. Kalau xde dia, sunyi woi hidup aku kat TMC. hahaha ><

With Miss Ng :)

Kekakss sayaaaa :) :) :)

 
Till then, see ya :)

No comments:

Post a Comment