Salam alayk :)
Pada 27 Ogos 2014, aku telah menghadirkan diri aku ke UiTM Segamat untuk menonton konsert Malam Irama Wahyu yang dianjurkan Kelab IRAMA, bekas kelab aku dulu. Konsert ni dah lama jadi impian untuk aku laksanakan semasa aku pegang jawatan dalam IRAMA dulu. Tapi tak kesampaian disebabkan masalah tertentu. Dan memandangkan adik-adik pewaris IRAMA mampu untuk laksanakan konsert MIW ini,ku sanggup turun untuk menyokong usaha mereka. Jadi mereka telah menjemput kumpulan UNIC untuk membuat persembahan di UiTM Segamat.
Alhamdulillah, ramai pelajar UiTM Segamat sangat gembira menghadiri konsert yang dianjurkan ini. Banyak maklum balas yang diterima menyatakan mereka berpuas hati dengan konsert ini. UNIC telah melakukan tugas yang sangat baik untuk menghiburkan kami. Lagi-lagi mereka telah mendendangkan lagu-lagu yang menggamit memori zaman kanak-kanak kami seperti Jalinan, Hanya Tuhan Yang Tahu, Sahabat Sejati, Demi Cinta Suci, Binnabil Huda, Doa Dhuha, Bintang Syurga, Ya Hanana dan lain-lain.
Dan aku berasa sangat gembira kerana dapat berbual dan duduk semeja makan bersama kumpulan UNIC selepas habis konsert. Siapa tak gembira... artis kot. Hahaha.
Jadi, berikut adalah gambar selepas konsert MIW berlangsung.
![]() |
Aku bersama Bazli dan Fadzli UNIC :) |
![]() | |
Dengan banner pun boleh ^^ |
![]() |
Kami bersama Fadzli UNIC |
![]() |
Mantan dan MT IRAMA. |
![]() |
Barisan Exco IRAMA dan kumpulan UNIC. |
Sekian :)
No comments:
Post a Comment