Salam alayk.
Recently, I read a post in a blog.
There are some phrases that make me understand about love.
Here it goes :
#copy paste from  http://wanwma.com/motivasi/bercinta-bukan-bercouple/
Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, 
bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan.
 Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu 
besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka 
perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah 
dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.
Penerangan di atas berlaku jika 
kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah 
seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat 
hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan 
bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau 
meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan 
ditolak, maka abaikanlah saja si dia. Itulah perngorbanan kita dalam 
bercinta.
Andai
 benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari 
terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna
 kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa 
kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah 
berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan 
perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. 
Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.
Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram 
durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk 
mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin
 berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih 
semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah 
seperti proses Taaruf, bertunang dan teruskan 
kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah 
melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia 
hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.
 The underlined phrases had motivate me.. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment