Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Topik yang aku nak bicarakan hari ini adalah mengenai sekolah. Apa yang menarik tentang sekolah? Sekolah adalah tempat kita menuntut ilmu la.. tak kan la tak tau pulak? Amboih, tuntut ilmu je ke? Hahahaha.. Tak jugak kan? Banyak yang kita belajar di sekolah melainkan ilmu sahaja. Adakah termasuk ilmu 'menjual minyak' ? Hehehe.. gurau je. xD Tak kisah la apa pun nama tempat kita nak tuntut ilmu tu. Tadika ke, sekolah ke, universiti ke, kolej ke, madrasah ke.... Janji kita dapat ilmu betul tak?
Hari ni aku nak cerita kat korang tempat-tempat yang aku pernah tuntut ilmu. Tak kisah la korang nak baca ke tak. Suka hati. Asal aku gembira :P
1. Tadika KEMAS KG. Nakhoda
Dulu aku duduk kat Kg. Nakhoda Kiri kat Selayang. Tak salah aku, aku start masuk tadika KEMAS masa umur aku lima tahun. Sampai sekarang yang aku ingat apa yang aku belajar kat tadika tu adalah mewarna lukisan. Hahahaha.. benda ni semua orang pun buat kan masa tadika? Apa la..hehehehe. Banyak memori aku kat tadika ni walaupun aku hanya belajar selama setahun je. Ada beberapa benda yang aku ingat masa aku sekolah kat sini dulu :-
- Bila waktu rehat, kalau dapat makan karipap, aku mesti makan tepung karipap tu je. Inti dia? Hahaha. Aku buang bawah meja. Tak senonoh kan perangai? Ish 3x. Masa tu aku tak suka makan karipap. Tapi sekarang dah suka dah :)
- Kat sini la tempat aku mula belajar main 'kahwin-kahwin'. Ala, macam korang tak pernah main. Seingat aku, masa aku main tu, pengantin lelaki aku tu gemuk ! Hahaha. Apalah agaknya khabar dia sekarang? Dah lama cerai :p
- Aku pernah kena kurung kat tadika ni balik lewat. Sebab apa? Haaa.. kisahnya macam ni. Pada waktu rehat, tak boleh main kat taman. Nanti cikgu denda. Masa tu, aku bukan nak main pun. Masa tu kawan-kawan aku duk main kat taman tu. Aku cuma nak marah diorang supaya jangan main kat taman tu. Last-last, aku pun terjebak sekali main dengan diorang..hehehehe. So, kitorang kena denda tinggal kat sekolah. Masa tu semua orang dah balik rumah dah. Tinggal kitorang je. Melalak-lalak la kitorang time tu sebab takut yang amat.
- Aku ingat lagi ada satu pagi tu kawan aku datang kat aku mintak tisu. Aku tanya la kenapa? Pastu dia tunjuk kat aku ibu jari kaki dia berdarah. Huishh, seram aku. Aku takut darah. Oh tidak ! hahahaha xD
********************************
2. Tadika Zahidiah, Kota Damansara.
Aku sekolah kat sini masa aku dah pindah kat Kota Damansara. Aku pindah KD masa hujung tahun 1998. So, masa aku 6 tahun, aku sambung study kat sini la. Yang aku ingat, kat sinilah tempat pertama yang aku belajar bawa basikal tak ada tayar kecik dua tu. Ala, faham-faham sendiri la. And aku still ingat lagi, ada seorang junior aku tu, hari-hari menangis pergi sekolah. pastu kitorang jadi bestfriend kat situ. Tapi sekarang dia dah sombong. Yela, anak orang kaya kan.. aku ni dia tak pandang dah pun. Tak apa kau Azri ! *hahaha, emo plak :P
**********************************
3. SK Seksyen 7, Kota Damansara
Dah habis tadika, masuk sini pulak. Tapi aku sekolah kat sini sekejap je sebab masa tu sekolah yang dekat sangat kat rumah aku baru siap. So, tak banyak la yang aku ingat memori aku kat sekolah ni. Yang aku ingat, dulu aku masuk kelas 1 Anggerik dan ada sorang classmate aku anak mak. Tiap-tiap hari mak dia datang bawa makan untuk dia tunggu dia kat kantin. Untung kan?
************************************
*Gambar sekolah As-Sahabah kat Seksyen 7, KD
4. SRA As-Sahabah
Yang ni sekolah agama. Terletak kat Seksyen 7 jugak. Tak banyak memori yang aku ingat. Yang aku ingat aku ada takut kat seorang abang yang sangat gemuk. Tapi lama-lama kitorang jadi kawan sebab aku rasuah dia dengan gula-gula. Huhuhuhu :)
*************************************
5. SK Seksyen 6, Kota Damansara
Setelah beberapa bulan di SK Seksyen 7, aku pindah masuk kat sekolah ni. Aku tuntut ilmu kat sini dari tahun 2000 - 2005. Memori? Perghhhh....macam-macam. Kalau nak cerita, tak ada orang nak baca. Aku pun tak sanggup nak type. Hahahaha. Masa aku Darjah 1 dan Darjah 2, aku masuk kelas yang bernama USAHA. Masa aku Darjah 3 - Darjah 6, aku masuk kelas yang bernama AMANAH.
Tapi perkara yang paling penting aku belajar kat sini, adalah persahabatan ! Aku jumpa bestfriend aku kat sini. Yang banyak melayan kerenah aku! Terima kasih kawan ! Tak lupa juga guru-guru yang banyak berjasa. Eh, cerita pasal guru, aku nak cerita satu kisah ni yang aku ingat sampai sekarang.
Ia berkenaan cikgu English aku yang bernama Teacher Mazri. Dia merajuk dengan kitorg sebab kitorg lagi suka teacher praktikal English daripada dia. Masa tu teacher praktikal English tu ajar sangat best. Of course la kitorang suka kan. Lepas teacher praktikal tu dh habis praktikal, dia ajar kitorg balik and dia merajuk. Kitorang siap buat banner pakai manila kad lagi nak pujuk dia supaya jangan merajuk lagi. Hahahahaha, macam-macam !
Tak lupa juga Cikgu Rohani yang vogue !
*********************************
6. SRA Al-Faizeen
Di sinilah tempat aku menuntut ilmu agama setelah aku berpindah dari As-Sahabah. Alhamdulillah, aku jadi orang yang masih berpegang pada Islam sampai sekarang berkat ilmu yang dicurahkan ustaz dan ustazah di sini. Banyak kenangan jugak. Aku rindu sangat Ustazah Juraidah Hussain. Dia lah ustazah yang paling garang dan ustazah yang paling best ! Tak lupa juga ustazah lain - rafidah, hamidah, mazila.
**********************************
7. Sekolah Agama Menengah Rawang
Dah habis sekolah rendah, masuk sekolah menengah pulak. Sebelum masuk SAMER, aku masuk SMK Seksyen 4, KD kejap. Tapi sayang, aku bertahan kat SAMER ni 3 bulan lebih je. Sebab aku tak biasa life yang berjauhan daripada famili. Tak kisah la orang nak cakap aku anak manja ke. Tak kisah... Tapi kenangan kat sini memang best okay ! Dapat kawan menangis tiap-tiap hari... hehehehe. Serius aku nangis tiap-tiap hari nak balik. Ngeeeeeee ~~~~
******************************
8. SMK Seksyen 4, Kota Damansara
Setelah keluar daripada SAMER, aku menuntut ilmu di sini dari tahun 2006 - 2010. Masa Form 1, aku masuk kelas 1 BERLIAN. Dan dari Form 2 - Form 5, aku masuk kelas AMANAH lagi ! Banyak kenangan jugak.... Tak sanggup nak type ! Hahaha. Yang aku boleh singkap adalah :-
- masa Form 4, kitorg ada join masuk pertandingan Young Entrepenuer. Pergh, macam-macam kejadian terjadi. Tapi tu yang best tuh !
- masa Form 4 jugak kitorang ada buka both jual cendol dengan rojak kat Fiesta KD. Bez!
- masa Form 4 jugak kitorang ada buka both jual cendol dengan rojak kat Fiesta KD. Bez!
- Aku dapat jadi PRS, dan paling bermakna bila aku dapat pegang jawatan Naib Pengerusi PRS masa Form 5.
- first time in my life aku dapat pergi kem. Masa tu form 3. Kem ibadah. Sangat bez okay !
*Tu je la yang aku mampu singkap. hehehehe
**********************************
9. Universiti Tekologi Mara, Segamat
Alhamdulillah, berjaya juga aku sampai ke menara gading. Walaupun, baru seketika, tapi pengalaman yang sangat manis berjaya aku peroleh. Aku gembira dengan hidup aku di sini :)
Kesimpulannya, tak kira kat mana pun anda menuntut ilmu, bersyukur la kerana di beri peluang untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu itukan satu amalan yang dituntut? (apa tuntut-tuntut ni dari tadi =.=') Tempat-tempat inilah yang banyak mengajar kita erti kehidupan, betul tak? Oleh itu, bersyukur la kepada Allah atas segala nikmat kurniaNya. Semoga kita diberkati Allah dunia dan akhirat.
Wallahualam. Assalamualaikum :)
wah ,... kita ade same skolah lah awak .... nghehhehheheehe :D
ReplyDelete