Salaam Alaikum :)
Akhir-akhir ini, kelab aku yang tercinta * tercinta ke ?? XD * ada buat pencarian exco. Perghhh, agak mencabar jugak la sebab budak-budak zaman skrg ni mana minat nak pegang - pegang jawatan ni. Alasan, nak fokus study. Cehh.. yeye je XD * Eleh Farahin, kau dulu pun sama je.* Hahaha eh, tak sama la. Dulu masa Part 1 lagi aku dah bercita-cita konon nak pegang jawatan dalam MPP la, JPK la, Komander la... Angan-angan je lebih kau ni.. * Ckp dgn diri sendiri XD * Okay, gila sekejap. Jgn marah XD Tapi last-last aku ada jugak pegang jawatan sebagai EXCO kecik je dekat IRAMA :) Boleh la kan daripada tak ada. hahahaha... Sebab dulu sebelum aku masuk U, ada org pesan, pegang la jawatan dalam apa-apa organisasi dekat U untuk timba banyak pengalaman. I totally agree with that :)
So, kelab aku skrg kekurangan exco.. *Bape bnyk kali nak bgtau kan*. kami pulak dalam usaha mencari exco. Pastu ramai la adik-adik ni duk wondering dan tanya-tanya.. APA YANG BEST JADI EXCO EK? Hmmm... so, tetiba aku terpanggil untuk tulis entri pasal apa yg best jadi exco dekat blog keramat aku ni. Walaupun mcm tak ramai je readers blog ni kan. Maklumlah, org tak hot sentapp XD
Aku nak merepek sekejap la... *Suka hati la kan , blog aku XD* Dulu kan, ada ramai jugak la readers blog aku ni. Tapi diorang ni cuma silent reader je. Dan ada antara mereka adalah rakan-rakan sekerja mama aku. So, mereka-mereka ini baca blog aku kemudian buat report dekat mama aku. Tau-tau nnt tersembul je balik dari mulut mama apa yg aku taip dalam blog. Masa tu aku pun dah macam tak tahu nak letak muka kat mana. Banyak kali jugak la aku tukar link. Sejak tu, readers aku pun dah tak ramai. Ada kawan aku tny, buat apa buat blog kalau tak nak kasi org baca? Bukan tak nak kasi org baca, kalau boleh, biarlah readers blog ini dari kalangan org yg aku benarkan untuk baca dan orang-orang yang tak dikenali. So, aku pun dah boleh agak sape yg baca blog aku ni. Yang tak dikenali tu.. selamat je la.. hihihi XD
Cukuplah merepek kan kan..
Sekarang nak masuk isi utama
***********************
1. Dapat timba pengalaman baru
Yang ni standard la.. So, sepanjang aku jadi exco ni kan, dapat la pengalaman pegang jawatan macam exco makanan, exco latihan dan ada la jawatan lain. *Malas nak senaraikan.. *
2. Dapat kenal dengan orang
Yang ni pun standard.. Tapi untuk macam orang yang malu-malu kucing macam aku ni, boleh kira satu benefit jugak la... At least, ada la jugak org kenal. Tak ada la nak jadi mcm org yg macam katak duduk bawah tempurung yang tak berminat nak kenal dunia langsung. pftttt XD
3. Dapat tingkatkan keyakinan diri
Andai kata kau seorang yg tak berkeyakinan, kalau kau pegang jwtn sebagai exco, In Shaa Allah lepas tu keyakinan kau akan bertambah sedikit demi sedikit. Percayalah sebab itu yg berlaku kat aku. Sebab dulunya aku bukan jenis nak tegur org yg aku tak kenal sesuka hati. Sebab aku ada satu sifat penyegan yang amat. Ala, nak wat acaner kan.. hehehehe.. So, I don't have the confidence to speak in front of the public. But since I hold a position as an exco, so my confident level have risen. :)
4. Dapat belajar mengawal masa
Kalau nak sentuh pasal masa.. ermmmm... Mula-mula nak cakap pasal kebosanan la kan. Kadang-kadang ni kan, hidup kita bosan jugak kalau tak buat apa-apa kat Universiti. So, bila jadi exco ni, at least ada la sesuatu yg kita boleh buat untuk hilangkan bosan. Hehehehe... Kemudian, kita dapat belajar mcm mana nak seimbangkan masa antara aktiviti kelab dan pelajaran. Masa tu lah, anda akan berjaya menjadi seorang yang efisien menguruskan masa.
5. Mengajar anda untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab
Bila jadi exco ni kan, nak tak nak anda kena menjalankan tanggungjawab dan memberi komitmen yang terbaik untuk kelab. So, mula dari keterpaksaan akan menjadi kerelaan. haaaa... kan dah dapat satu benefit kat situ :)
6. Kebaikan untuk masa depan
Bila kita berkhidmat jadi exco ni kan, kita dapat memperbaiki soft-skill kita tau. So, in the future, kita akan lebih berkeyakinan nak buat apa-apa kerja sebab kita ada pengalaman. Tambahan, kita dapat sijil tau. Bila kita cari kerja nnt, majikan akn tengok sijil kita. Bila dia tgk kita ada sijil exco ni, In Shaa Allah dia mungkin akan terusik nak ambil anda bekerja. Sebab majikan zaman sekarang ni nak cari pekerja yang educated + ada soft skill.. Betul ni, ramai dah yg ckp. hewhew ^.^v
7. Junior tengok macam good-good je
Ececeh, yg ni saje suka-suki masukkan. Tapi betul la jugak. Contoh kan, bila anda pakai baju korporat exco anda pergi ke kelas. Bila junior tgk je... "whaaaaa.. akak ni exco kelab ni la" Macam berlagak la pulak kan bunyinya. So, konon nak cakap, yg exco ni ada chance la jugak nak market. *W/pun muka aku ni muka tak market XD*
8. Last but not least, tangkap cintan dgn exco kelab tu sendiri
Okay, yang ni more to personal la.. Hahahaha... because its happens to me. Saje nak include sekali dalam entri. Tapi soal hati dan perasaan, siapa la boleh jangka kan. Konon, bila dah tangkap cintan tuh, semangat la nak buat kerja. Nak datang meeting pun macam nak punctual. Nak buat event pun mcm tak sabar je. Maklumlah, boleh tgk wajah pujaan hati *ayat bunga-bunga je eh kau Farahin XD * Apapun, itu satu pelajaran untuk diri sendiri jugak :)

Rasanya sekian sampai di sini sahaja lah.
Bukannya rajin pun nak taip panjang-panjang
Daaaaaaaa~~~~~~
:)
No comments:
Post a Comment