Assalamualaikum w.b.t
Sudah lama aku tidak berblog.
Tiada idea. atau MALAS.
JUMUD VERSI 2.
Kenapa ada versi 2 eh?
Jumud yang sebelum ini, aku lebih fokus kepada agama.
Tapi jumud versi 2, aku akan fokus kepada bangsa.
Bangsa Melayu.
Baru-baru ini, ada seorang makhluk ini telah mengutuk institusi tempat aku menuntut ilmu. Sebagai seorang penuntut di institusi tersebut, aku cuma ingin bersuara. Jadi aku pun bersuara di akaun twitter aku. Tetapi ada sahabat aku cuba untuk pertikaikan tentang hal yang aku suarakan.
Antara hal yang telah aku suarakan adalah seperti ini dan apa yang kami bahaskan :
SATU :
Kalau UiTM tak ada, aku tak tahu la apa nak jadi dengan masa depan orang Melayu yang tak berjaya masuk Universiti.
org Melayu akn trs mundur kalau selalu nak kena tolong. tak bljr
berdikari.persaingan antara bangsa akn lbh buat melayu brsaing.
produk uitm perlu dibndingkn dgn produk UKM, UM, UPM dll daripada dibandingkan dgn produk uitm sendiri..
jangan pandang yang buruk lebih daripada pandang yg baik. Sentiasa bersangka baik. Kita tak akan tahu manusia pada masa depan.
bkn pndang buruk, tp prbndingan tu pttnya buat dgn produk dr tmpat lain, drpd trus buat prbndingan dgn produk sndiri..
produk mana pun kita, yang tentukan nasib kita tu cuma Allah yang Esa. :)
yes itu yg benar.so, biar la org nk kutuk kita sbnyk mn pn.yg pntg kita
tahu, nsib kita pd ALLAH bkn pd universiti@org yg kutuk.
DUA :
Aku rasa budak yang duk kutuk student UiTM tu cakap tak buat kajian. Ramai pemimpin berjaya lahir dari UiTM.
kita akan terus jadi lebih baik kalau selalu terima kutukan. btw, produk uitm terlalu lemah sebab terlalu bermain dgn sentimen.
not all of them..
pemimpin brjaya lahir atas sebab diri. bukan atas usaha universiti.
lahir atas sebab diri + jasa baik pensyarah yg mengajar. Kalau uitm tak sediakan tenaga pengajar yg bagus, apa jadi ?
tapi tak guna juga kalau tnaga pngjr yg bgus tp takde kesedaran. terlalu mudah nk masuk..
kita kena selalu pandang sesuatu dgn sudut yg positif. kalau asyik pandang dari sudut negatif, sbb tu la mundur.
sometime kita kne jgk tgk dr sudut negatifny, kalau tdk bila kita nk ad pmbaharuan? positif tu pnting jgk. tak dinafikan.
TIGA :
Please don't forget this ah ! UiTM - Universiti Tolong Melayu.
Orang Melayu terlalu banyak sangat kene hulur. Manja. Tu sebab tak ramai Melayu yg pandai. Biarkan mereka berdikari lbh baik.
**************************
Dah baca? Anda nilai.
Ayat yang aku cerahkan warna kuning tu adalah ayat yang aku suarakan di twitter aku.
Dan ayat yang bergaris tu adalah ayat yang aku bahaskan.
Ayat yg tiada garisan tu adalah ayat yang sahabat aku bahaskan.
Aku tak pandai berbahas. Ku akui.
Kalau aku berhenti berbahas, bukan bermakna aku kalah.
Cuma aku ingin kau terus bersuara.
Aku tak kata aku betul dan aku salah.
Aku tak kata kau betul dan kau salah.
Cuma,
JUMUD, wujudkah antara aku dan kau ?
Aku orang Melayu, dan aku turut merasa sakit kalau ada orang menghina bangsaku sendiri.
Seperti sakitnya hati aku apabila orang menghina agamaku.
Tapi apa aku boleh buat?
Aku cuma tahu bahas, tahu sakit, tapi aku tak boleh bagi bukti?
Kau?
Boleh bagi bukti ?
Apapun, apa yang aku ingin ketengahkan adalah :
1. Orang Melayu layak untuk diberi peluang walau teruk macam mana sekalipun orang Melayu ni.
2. Terus berfikiran positif dan bersangka baik tentang nasib orang Melayu.
3. Luaskan pandangan dan jangan hanya melihat sudut yang buruk sahaja.
4. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. :)
4. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. :)
Apapun, kau Melayu.
Aku Melayu.
Kita Melayu.
Dan aku bangga jadi MELAYU.
TIDAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
TIDAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
Terima Kasih :)
#Maaf kalau ada salah dalam entri ini. Cuma untuk peringatan diri.
No comments:
Post a Comment