03 May 2013

SKANDAL & RANCANG

Assalamualaikum w.b.t
Sudah lama tidak tertaip di blog ini.

Tiada cerita menarik yang ingin aku bicarakan. Ianya hanyalah benda biasa. Fenomena biasa. Fenomena orang lelaki yang kekurangan kasih sayang dan perhatian. Skandal ? Berapa banyak skandal lagi yang aku perlu bongkar ? Aku rasa aku tak perlu menangis seperti dulu. Aku sudah semakin dewasa dan matang untuk berfikir. Dan aku tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, sekiranya sesuatu yang aku tidak ingin itu akan terjadi pada satu hari nanti, aku sudah buat perancangan aku sendiri.

Rancang ? Ya, aku memang seorang perancang. Aku memang suka merancang supaya aku akan sentiasa bersedia untuk masa akan datang. Untuk apa yang akan berlaku. Samada baik atau buruk. Supaya aku tahu apa yang aku perlu buat kelak. Persiapan untuk diri aku sendiri. Aku teringat Miss Fi pernah menyifatkan aku sebegitu. Katanya, bila dia tengok mata aku, dia seolah melihat yang aku sedang merancang sesuatu dalam minda aku. Ya Miss Fi, saya seorang yang begitu.

Apa perancangan aku ? Perancangan yang akan terjadi apabila apa yang aku tidak inginkan itu bakal terjadi....

Buat masa terdekat ini, aku akan paksa diri aku untuk terus mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran aku di peringkat diploma ini. Sekiranya aku berjaya, aku akan mohon biasiswa dan belajar di luar negara. Kemudian, aku akan bekerja di luar negara selama beberapa tahun sehingga aku mampu untuk membina kehidupan aku sendiri di sana.

Aku akan minta segala harta ditukarkan ke bawah nama aku. Kenapa? Supaya harta yang ada tidak akan dibelanjakan kepada orang yang tidak sepatutnya. 

Kemudian, aku akan bawa semua permata hati aku untuk tinggal bersama aku di luar negara. Mekah, Dubai, UK, Brunei atau Australia mungkin. Inilah antara negara yang aku ingin bina hidup aku sekiranya bukan di Malaysia. Aku akan bawa segalanya bersama aku. Biar jiwanya mati. Aku dan permata hati akan mencari ketenangan di tempat lain.

Nampak seperti aku merancang komplot menjatuhkan seseorang. Memang aku kelihatan kejam. Aku akan membunuh jiwanya. Seperti dia membunuh jiwa kami. Aku tidak peduli lagi. Aku tidak peduli sekiranya dicap sebagai kebudak-budakkan atau bertindak secara kurang matang. Seperti ingin lari dari masalah. Tapi aku akan gunakan konsep mencari ketenangan. Tapi ingat satu perkara : Perempuan boleh hidup tanpa lelaki, TETAPI lelaki tidak boleh hidup tanpa perempuan.

Tapi ini cuma sebuah PERANCANGAN. Kerana aku tidak bersedia untuk sebarang perubahan. Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan buat saat ini, fenomena ini buat aku membenci insan yang bergelar LELAKI. 

Dan aku tidak tahu sampai bila aku harus pendam semua rasa ini dan terus berpura-pura.

2 comments:

  1. that's too harsh. but maybe you have your own reasons to do that. just one thing that I want to say, Don't be a PENDENDAM. that's not who you are. just forgive and forget. I know it's hard to do but just try because it's our beloved prophet's action. He forgives people. Good luck and think positive. :)

    ReplyDelete
  2. Thank you for your words. FORGIVE AND FORGET ? Easy to say but hard to do. At least, I can forgive but not forget. And I had done it so many times before. It hurts when the same thing keeps happen. As I said, this is just a backup plan. I just want to protect my beloved ones. No other intentions.

    Thanks again.

    ReplyDelete