31 October 2013

"Bercinta bagai nak rak pun, kalau tak ada jodoh tak ke mana" - A

Assalamualaikum w.b.t
Berdasarkan tajuk entri ni, aku quote dari kata-kata kawan aku.
Dia selalu cakap benda ni.
Nak tahu kisahnya ?

Bismillah ---

Aku mempunyai seorang sahabat lelaki bernama A. A ni mempunyai seorang kekasih bernama J. A dan J. Dua-dua sahabat baik aku. Sudah lama mereka bercinta. Dari Part 1. So, kira-kira hubungan mereka dah 2 tahun. Dan kejadian yang ingin aku ceritakan ini berlaku semasa kami Part 5.

Masih segar lagi dalam ingatan aku, hari mereka berpisah. Siang tu, kami bersama-sama ke bilik Sir Huz untuk bertanya pasal assignment. Sepanjang perjalanan kami ke bilik Sir, kami berborak dengan gembiranya. Bergurau senda. Seperti tiada apa yang akan berlaku pada hari itu. Dan petang tersebut, aku, A, J dan beberapa rakan aku yang lain pergi ke perpustakaan untuk membuat assignment bersama-sama. Dan ketika itulah ada sesuatu yang tak kena antara A dan J. Dan keesokan harinya, A & J berpisah. Dan apa yang aku kesal, mereka berpisah hanya kerana permasalahan yang kecil.

Serius aku terkejut. Mereka dah lama bercinta. Ke mana-mana mereka sentiasa bersama. Masing-masing menyokong sesama sendiri. Dan tup tup .. Jadi macam ni ? Aku harap sangat mereka akan kekal selamanya. Sebab aku happy bila tgk kwn aku happy dengan pasangan masing-masing. Mereka dah ada perancangan masa depan. Nama bakal anak-anak mereka yang indah. Hmmmm ---

Aku cuba sedaya upaya aku untuk satukan mereka semula. Aku menjadi orang tengah antara A dan J. Aku cuba selami hati mereka. Tapi entah lah --- Benda jadi makin teruk. Serius aku rasa bersalah sangat. Mungkin aku tak sepatutnya masuk campur dari awal lagi tentang permasalahan mereka ni. Sebab akhirnya aku dilihat seolah-olah seperti pihak yang ingin memisahkan mereka. Astaghfirullah ---

Dipendekkan cerita, pada satu malam tu, aku pertemukan A dan J untuk biarkan mereka berbicara muka ke muka, hati ke hati. Dan masalah ini jadi makin teruk. Dan di situlah noktah perhubungan mereka. :(

Teringat lagi, sepanjang proses aku memujuk A untuk kembali pada J. A selalu cakap pada aku, "Bercinta bagai nak rak pun, kalau tak ada jodoh tak ke mana." Hmmm ---- *Speechless*

Apa yang aku nak simpulkan di sini, bila kita bercinta dengan seseorang, janganlah terlalu sayangkan orang tu kerana mungkin suatu hari nanti dia akan jd org yg kita paling benci. Lagi satu, bila kita ada sesuatu perkara yang kita tidak puas hati dengan pasangan kita, lebih baik berterus-terang daripada pendam kerana bila semuanya meletup, kita tak boleh jangka apa yang akan terjadi.

Apapun, sehingga ke saat ini, aku masih harap mereka dapat bersama kembali. Kerana dulu, mereka sangat sweet bersama :')


XOXO, Nurul :)

No comments:

Post a Comment