29 October 2013

Jelajah Selatan Ke Pantai Timur : From Segamat to Terengganu

Assalamualaikum ---
Selamat datang ke entri baru.
Fresh dari ladang lagi cerita yg hendak aku ceritakan dalam entri ini. haaa gituuu ---

So, dari 25/10/13 - 27/10/13 ---
Kami JPK UiTM Johor telah menghadiri satu lawatan benchmark a.k.a lawatan sambil belajar ke pantai timur iaitu Terengganu. It was a great moment though ---

25/10/13 :-
Kami bertolak dari UiTM Segamat dalam pukul 6.00 ptg. Bas datang lambat pulak. Dah la duk tunggu dari pukul 3.30 pm. Beria je. Semangat katakan nak pergi Terengganu. Dalam bas, dapat layan cerita Final destination 5 pulak. Memang terpekik terlolong la kan. HAHAHA. Lepas tu, masa on the way nak ke Terengganu, tetiba bas rosak pulak. Wiper tak jalan, lampu bas malap. Dah la gelap. Tapi Alhamdulillah, berjaya sampai ke UiTM Kuala Terengganu pada pukul 4 pagi lebih macam tu ---

Ambil gambar dulu sebelum bertolak ke Terengganu :)


JPK UiTM Johor sebelum bertolak ke Terengganu :)


26/10/13 :-
Okay, kami menginap di Kolej Kerawang, UiTM Kuala Terengganu. Sampai je kolej, masing-masing mandi kemudian tidur. Dapat la dalam sejam gitu tidur.. pastu bangun balik untuk benchmark ke UniSZA. So, pagi tu, kami breakfast Nasi Dagang. Pagi-pagi makin nasi pulak kan. Malangnya la kenapa perut aku ni tak boleh terima sangat nasi pagi-pagi. Sayang dpt makan sikit je Nasi Dagang tu. Huhuhuhu. Selepas bersarapan, kami bertolak ke UniSZA. Sampai UniSZA dalam kul 9 pg lebih mcm tu. Hahaha. Dah tak ingat dah. Adoyaiii. Kemudian kami masuk bilik conference dan di bilik tersebut kami berdiskusi dengan pihak UniSZA mengenai kolej. Lepas habis diskusi, abang kakak UniSZA bawa kami jalan-jalan sekeliling UniSZA. Serius best la kampus dia.. huhuhu. Lepas dah lawat UniSZA tu, kami makan lagi... Makan nasi lemak pulak. Kemudian pergi solat semua, lepas tu makan lagi --- makan nasi ayam goreng KFC pulak. Perghhh.. banyak betul makan dalam 1 hari je ---

Kolej Kerawang

Presentation about UniSZA

Presentation about UiTM Segamat

Ambil gambar dulu --- HAHA

Sesi Diskusi bersama pihak UniSZA

Sedapnya sofa dia ---

Library UniSZA

Library UniSZA


JPK UiTM Johor @ UniSZA
Sedang melawat sekeliling UniSZA
JPK Sektor C @ UniSZA

Selepas makan pulak, kami pergi melawat Muzium Terengganu. Tengok-tengok barang sejarah. So, masa kat muzium ni ada tour guide muzium bawa kitorang jalan-jalan. Nama dia kak Yaya. Kak Yaya ni sporting habis --- Lepas dah jalan-jalan kat Muzium, pergi Masjid Kristal dengan Taman Tamadun Islam pulak. Kat sini amik-amik gambar je la --- Lepas tu pulak pergi ke kilang keropok lekor, jalan-jalan beli keropok.



Muzium Kuala Terengganu
Muzium Kuala Terengganu
JPK UiTM Johor @ Muzium Kuala Terengganu
 
Di Taman Tamadun Islam :)
Masjid Kristal
Masjid Kristal view.

Malam pulak, kami pergi ke Dataran Syahbandar. Konon nak tengok Festival Gamelan Sedunia 2013. Pengacara festival masa tu ada Zakiah Anas pulak. hahaha. So, ni first time tengok Gamelan kan. Macam best jugak w/pun mula-mula tu macam lalok-lalok sikit. Tapi best la sebab dia mcm ada ala-ala teater gitu --- Tapi sempat tengok satu persembahan sebab kemudian hujan turun dengan lebatnya dan persembahan terpaksa diberhentikan seketika. Kami pulak terpaksa pulang masa tu.. Alaaaa... baru excited nak tengok kan... So, bila sampai kolej, dapat makan Nasi Goreng Daging USA. Nasi lagi --- Gemuk la kita T.T

Menonton persembahan Gamelan :)


27/10/13 :-

Bangun pagi kemudian siap-siap untuk ke UMT pulak. Pagi tu sarapan Nasi Kerabu. Alaaa... tak dapat makan bnyk jugak sebab perut ini mengada tak nak nasi pagi-pagi :(  So, di UMT, macam biasa, kami berdiskusi pasal kolej bla bla bla di dewan auditorium yang sejuk. Kemudian bila habis diskusi, makan lagi.. makan mee hon tomyam pulak. Lepas dah makan, pergi round sekeliling UMT. Apa yang best kat UMT ni, kampus dia tepi laut, lepas tu ada swimming pool lagi. (y) Masa kat UMT, terjumpa dengan Shaza, kawan sekolah dulu.

Shaz sedang buat presentation untuk UiTM Johor
Lepas habiskan masa di UMT, kami pergi Desa Murni dengan Pasar Payang pulak. Apa lagi, shopping sakan la.. Macam-macam jugak la aku beli. Beli baju kaftan,kain batik,kain pelekat, keychain, keropok, sos.. Pergh -- agak berat la nak mengangkutkan --- Lepas tu singgah di kilang keropok lekor lagi. Tapi masa kat sini, aku tak turun, duduk dalam bas je sbb dah penat sangat.. pengsan. HAHA. Dan dalam pukul 8 pm lebih macam tu, terus shoot balik Segamat.

Lepas dalam pukul 10 pm lebih gitu, kami berhenti makan dulu kat Cherating. Masa dekat restoran tu, pak cik bas siap bagi ucapan bagai. Kelakar la pak cik bas tu. hihihi. Btw, makan dekat restoran bapak mahal --- tapi nak buat macam mana kan. hahaha. Dan kami pun sampai Segamat dalam pukul 3.30 pagi mcm tu. Phewww ---

I guess dah habis dah cerita jelajah ke Pantar Timur ni. So, thats all la kot. Sweet memories :)

XOXO, Nurul :)

No comments:

Post a Comment