Assalamualaikum w.b.t
Peperiksaan akhir aku sudah berakhir beberapa hari yang lepas.
Lega rasanya...
Hmmm, sejujurnya, semester ni adalah semester yang paling susah buat aku.
Aku jangka mungkin semester ini adalah zaman kejatuhan aku.
Tak apa la, tawakal je. Redha apa sahaja keputusan yang keluar nanti.
:)
So, diam tak diam, tinggal lagi 1 semester sahaja buat aku di UiTM tu.
Arghhhhh, tak sabarnya nak tamatkan diploma.
Dah penat la nak belajar. hewhewhew ^^
So, semester ini, aku diajar oleh tenaga pengajar yang hebat-hebat.
Mereka adalah :
MGT 340 - Madam Norhayati Bt Omar (Tutorial)
Madam Nazihah Bt Omar (Mass)
MGT 321 - Madam Khairunnisa Bt Rahman (Tutorial)
Madam Rudza Hanim ( Mass)
MGt 351 - Miss Farizah Bt Mamat
FIN 358 - Sir Husnizam Bin Hosin
ECO 261 - Madam Nor Azira Bt Ismail
And next, as you all know (mcm la semua org tahu pulak ;] )
Semester ini agak mencabar buat aku.
Pertama, sebab UiTM ada buat perubahan pada sistem pembelajaran.
Mass lecture dari 2 jam jadi 1 jam je...
Kedua, sem ni aku ada pegang 2 jawatan.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sektor C : Biro Pembangunan Insan dan Kerohanian
Islamic Rhythm And Management : Exco Pengurusan dan Pentadbiran
Bayangkan la betapa bagaimananya aku kena dengan efektifnya menguruskan masa aku. Kadang-kadang meeting clash. Agak dilema di situ. Haigooo.. Lepas tu, event yang diadakan berturut-turut. Diikuti dengan test. Perghhhh.. gila tak stress. Tapi Alhamdulillah, boleh kawal.
Ada 1 minggu tu, dalam minggu tu, ada 2 event kena handle. Dan dua-dua event besar. Hari Selasa, Pertandingan Nasyid Intersektor. Hari Rabu, Dinner Sektor C. Hari Khamis, test 2 OB. Bapak ahh masa tu memang longlai gila. Tapi bertahannnn...
And ada lagi 1 minggu ni yang buat aku stress mak aiii... Minggu tu ada SUKOL, aku pulak ditugaskan utk mencari budak masuk perbarisan dan kena latih mereka utk perbarisan. Masalahnya student semua tak nak join. Yang turun pun 2- 3 kerat je. Buat announcement mcm nak gila tapi 2 - 3 kerat tu jugak la yang turun. Dah la masa tu tengah sibuk dengan assignment. Sampai aku buntu tak boleh nak fikir. Last-last sekali, perbarisan tu duk combine dengan kolej Zamrud. Masa perbarisan, carca- marba. Tapi tak apa lah, asalkan ado ye dok ? HAHA
Next aku nak recap moment paling bermakna buat aku sepanjang sem ni.
1. Kem Pembangunan JPK Sektor C
- Masa kat kem ni la banyak benda mencabar yang aku buat pertama kali.
2. Great escape to JB
- Pergi sambut merdeka kat JB dengan orang yang pertama kali aku jumpa.
3. Pertandingan Nasyid Intersektor
- Pembaharuan dalam pertandingan nasyid Kelab IRAMA.
4. Dinner Sektor C
- Sangat bermakna kerana time dinner ni aku dapat anugerah :')
5. Bulan Ramadhan
- Ini kali ketiga dan mungkin kali terakhir aku sambut Ramadhan dekat UiTM. Dan Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan paling best yang pernah aku lalui sepanjang hidup aku. Subhanallah :')
6. Dan lain -lain. kahkahkah :P
Seterusnyaaaaaaaaaaaaaa.....
Nak cerita pasal roommate pulak... :)
So, lemme introduce my roommate for this semester :
Nur Afifah Binti Azmir / Dip. In Mathematical Science / Part 1
Comel kan dia ?
Seorang yang berperwatakan ceria.
Apapun, aku nak wish sikit ni .. ehemm ehemm..
Fiefa, terima kasih jadi roommate akak yang baik. Tak ada buat hal. Tak ada buat taik. Dan hormat akak. Akak nak minta maaf sebab tak dapat nak luangkan banyak masa dengan Fiefa sebab akak selalu sibuk. Terima kasih bagi akak pinjam iron board Fiefa dan sanggup tadah telinga dengar pasal cerita skandal akak. [Ada ke skandal ? ] Bahahahaha... Apapun, thanks a lot. Halalkan makan minum akak.
:')
Hokayyy, rasanya itu je kot aku nak cerita untuk semester 5 ni.
Actually ada lagi, tapi aku akan buat entri lain.
So, till here.
See you in the next entry :)
XOXO, NURUL :)
P/s : Masa time nak balik rumah untuk cuti sem, aku naik bas. Dan part yang paling best bila aku kebetulan naik satu bas dengan crush aku. Gila aku tak happy. kahkahkah *blushblush* :')
No comments:
Post a Comment