29 October 2013

Fun Fair ---

Assalamualaikum ---

Baru-baru ini aku kembali sekali lagi ke Segamat untuk menghadiri bengkel KTUJ yang diadakan dari 21/10/14 - 2410/13. So, untuk bengkel ni, kami JPK UiTM Johor, sibuk membuat paperwork untuk aktiviti KTUJ sem depan. InshaaAllah best --- hihi ^^ 

Actually malas nak cerita banyak pasal bengkel tu. Biar surprise. kihkihkih ^^ Nak dipendekkan cerita, hari last day bengkel tu pada 25/10/13, mereka-mereka ni duk tayang cerita Insidious. Kebetulan pulak time ni Insidious 2 tgh tayang kat wayang. So, semangat berkobar-kobar la konon nak tengok Insidious 2. Lepas tu, pada malam tersebut, Ain and the geng ajak aku join diorang pergi tgk wayang.

Tapi ---- Masa tayangan yang seterusnya masa tu adalah pukul 9.55 pm. Mula-mula kami pergi makan dekat Segamat Seafood. Kemudian, beberapa org JPK Sektor A turut menyertai kami. Asalnya nak tgk wayang, tapi cerita tu mungkin hbs dalam pukul 12 am. Nanti balik UiTM lambat, takut Pak Guard tak bagi masuk pulak. So, tak nak ambil risiko, kitorang tak jadi nak tgk wayang masa tu. Hampa lah jugak masa tuh.. Hmmm --- Kemudian merencana nak buat aktiviti lain. Ada nak pergi funfair, Nak pergi karaoke, nak pergi main bowling dan ada yang nak balik. Tapi last-last kami decide nak pergi funfair.

Setibanya di funfair --- Phewww, bapak ah. Masuk je kena bayar RM 4. Alang-alang dah masuk funfair, takkan tercongok je tengok kan, betul tak ? At least mesti nak main satu game. Bincang punya bincang, kami pun sepakat nak naik Top Gun. 4 token = RM 8. Campur tiket masuk = RM 12. Duit membazir macam tu je --- Tak apa la. Sekali sekala. hahahaha XD 

Top Gun, pheww... Game ni memang buat aku kecut perut la. Top Gun ni game yang pusing dari atas ke bawah tu. Memang kecut perut la bila time ke atas tu. 

Macam ni la rupa Top Gun tu

Masa time kat atas,punggung tak cecah tempat duduk. Rasa nak terjatuh je masa tu. Serius rasa nyawa kat hujung tanduk. hewhewhew. Memang terjerit terlolong la masa tu. hahaha.

So, itu je la nak share sebab dah lama tak main funfair kan. HAHAHA. And a few pictures untuk tunjuk suasana di funfair tersebut ---







XOXO, Nurul :)

No comments:

Post a Comment