Assalamualaikum w.b.t
Pada 27/12/13 , Baba telah membawa aku dan adik-adikku berjalan ke Pusat Sains Negara.
*Awat skema beteii ayat aku ni ? --' *
Begini, Baba bawa kami adik-beradik jalan-jalan ke Pusat Sains Negara.
Katanya Baba ada pameran 1001 Inventions Tamadun Islam.
Baba dapat tiket free sebab pameran ni Axiata taja.
So, komen untuk pameran ni...
Wow, serius best sangat !
Pameran ni cuma pameran kecil dan simple.
Tapi input dia sangat banyak.
Kalau korang pergi pameran ni, korang mesti akan rasa bangga dgn orang Islam dahulu.
Nak tahu sebab apa ?
Sebab segala ciptaan canggih yang korang tengok hari ini adalah ilham dari orang Islam terdahulu.
Bukannya orang Barat yang kita belajar masa subjek Sains kat sekolah dulu.
Orang Barat cuma adaptasi ciptaan orang Islam dan kata mereka punya.
Bila orang Barat kata Dark Ages, it was actually Golden Ages for Islam :)
So, biasanya korang cuma dengar Al-Khawarizmi, Ibnu Sina dgn Ibnu Rusydi je kan ?
Kat pameran ni korang akan kenal ramai lagi insan hebat.
Aku kalau boleh memang nak mengenali semua saintis yg ditunjukkan kat pameran tu.
Tapi sebab masa tak banyak, so sempat berkenalan dengan beberapa orang je la...
Saintis yang aku kenal hari ini adalah :
1. Al-Jazari
- Seorang jurutera yang telah mencipta Jam Gajah Al-Jazari. Jam Gajah tersebut sangat unik. Design jam tu terdapat gabungan budaya dari seluruh dunia seperti China dan India. Ada lagi satu ciptaan Al-Jazari ni. Mcm pump ke apa entah. Aku tak ingat. Tapi ciptaan beliau yang paling hebat jam gajah ni la...
![]() | |
Jam Gajah Al-Jazari. |
2. Abbas Ibn Firnas
- Sebelum ni kita selalu dengar Wright Bersaudara yang cipta kapal terbang, nak terbang bla bla bla. Tapi sebenarnya ada orang lain yang ingin terbang sebelum Wright Bersaudara iaitu Abbas Ibn Firnas. Dan beliau juga telah cipta satu alat untuk terbang.
3. Ibn al-Haitham
- Beliau lah sebenarnya orang pertama yang mencipta kamera. Beliau telah mencipta kamera obscura.
4. Laksamana Cheng Ho
-Mesti ramai pernah dengan Laksaman Cheng Ho kan. Beliau telah mencipta satu kapal yang sangat hebat !
![]() | ||
Replika kapal |
5. Al-Zahrawi
- Bapa pembedahan. Beliau telah mencipta alat-alat pembedahan yang masih digunakan sehingga ke hari ini.
6. Merriam Al-Ijliya
- Beliau merupakan seorang wanita hebat yang telah mencipta alat kaji bintang.
Yang ni je la yang aku sempat discover.
Actually, ada je lagi yang aku discover tadi tapi tak ambil pula info pasal mereka. hehehe :)
So, till then.. See yaaa ---
XOXO, Nurul
![]() |
It's time to discover the world :) |
No comments:
Post a Comment