11 February 2014

Karnival Terbuka UiTM Johor 2014

Assalamualaikum.
Perghhh.. agak lama aku tinggalkan dunia blogging ku.
Nak buat macam mana kan, sibuk memanjang.
Banyak tanggungjawab kena pikul.
Lagi-lagi bila dah final semester ni kannn :)
So, kali ni aku curi masa sikit untuk update blog kesayangan aku ni :)

So, untuk entri kali ni, aku nak cerita pasal satu event besar yang aku dan team JPK UiTM Johor dah handle baru-baru ini.

FYI, KTUJ 2014 telah berlangsung selama 3 hari iaitu dari 6 - 8 Februari 2014 :)
So, banyak aktiviti yang telah diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti :

1. Perasmian Pembukaan KTUJ 2014
2. Larian Amal bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
3. Street Soccer
4. Ceramah Peluang Perniagaan Dan Cabaran Abad ke 21
5. Popcorn Night : The Kite Runner
6. Bengekel Seni Seruling & Malam Sayembara Puisi Akustik
7. Sukara Sutra 
8. Food Games
9. Forum Hijrah : Stairways To Jannah
10. Majlis Penutup KTUJ 2014
11. Giant Bubble Putrajaya

So, untuk karnival ni, aku memegang jawatan sebagai Biro Makanan. Kira aku menjaga makanan VIP dan Urusetia untuk setiap program yang dijalankan. So, kira bidang aku ni serve VIP makan. Nervous bak hang serve VIP makan. Tapi paling best dapat serve Yatt Hamzah makan. hihihi ^^

Alhamdulillah, karnival ni dapat sambutan daripada pelajar dan positif feedback. Serius penat yang amat sebab asyik terkejar sana-sini termasuk dengan buka gerai lagi. Tapi serius seronok sebab pengalaman macam ni bukan selalu datang betul tak ? ^^ Walaupun penat, bila baca positif feedback dari student di twitter, instagram dan sebagainya, terasa segala penat lelah itu berbayar.Terasa tersangat puas.

Dan tipulah bila buat event tak ada salah silap sini. Manusia tak sempurna. Sentiasa buat silap Masa event ni, macam-macam kerenah manusia aku jumpa. Ada yang emosi, ada yang junjung ego, ada yang lepas tangan, ada yang berpuak. Tidak kurangnya aku.Tapi Alhamdulillah kami berjaya atasi masalah tersebut bersama-sama. :)

Ramai orang berpengaruh yang menjadi jemputan untuk karnival ni seperti YB Ayub, ADUN Kemelah. Beliau telah bermurah hati memberi peruntukan sebanyak RM 10 K untuk JPK UiTM Johor. Kemudian ada Pendekar Bambu pada Malam Sayembara Puisi Akustik. Ada penceramah Sharifah Zinnierah yg datang dari Shah Alam untuk memberi ceramah tentang peluang perniagaan dan cabaran abad ke 21. Yatt Hamzah sebagai panel jemputan untuk forum Hijrah. Dan tak lupa juga kepada adik-adik Diploma Perikanan yang sporting habis dari Universiti Malaysia Terengganu yang sanggup turun dari jauh untuk join karnival kami.

Not forget to mention, kutipan derma tabung MAKNA yang mencecah sebanyak RM 6k ! MashaAllah.. pemurahnya student UiTM Segamat ni. Semoga Allah murahkan rezeki mereka :)

So, from my personal view, aku rasa event Hijrah : Stairways To Jannah paling PERFORM ! So, nak tumpang nama sikit untuk event ni sebab nama event ni aku yang bagi. *eh* XD  Event berbentuk forum ini kami telah panggil Ustaz Adam sebagai moderator dan panelnya adalah Yatt Hamzah. Syukur sangat-sangat event ni FULL HOUSE ! :) Bila tengok majlis ilmu macam ni FULL HOUSE, serius terasa sebak gila.Bukti anak-anak muda zaman ini punya niat untuk berhijrah. Masa forum ni, Yatt Hamzah telah menceritakan tentang kisah penghijrahan dia. Beliau kata, kalau kita ada niat nak berubah, JUST DO IT, DO IT NOW. Pesan beliau lagi, berhati-hati memilih kawan lagi-lagi ketika waktu belajar kerana tersalah pilih kawan, kita menempah tiket ke neraka. So, yang aku boleh simpulkan, jangan suka-suka hukum seseorang itu kerana keburukan dia kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam hati dia. Allah telah berfirman :

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Al-Asr : Ayat 1-3

P/s : Yatt Hamzah cantik and friendly sangat. Gembira dapat serve dia makan :)


Oh, nak cerita pasal berniaga pulak. Sektor C ada buat jualan juga sepanjang karnival ni. Kami ada jual murtabak maggie, aiskrim goreng, aiskrim sandwich dan minuman. Seronok dapat pengalaman berniaga bersama JPK C yang lain. Time masak sama-sama, jaga gerai sama-sama. And yang paling best bila peniaga karnival ni sangat supportive. Jualan kami laris pun sebab peniaga-peniaga sekeliling gerai kami yang rajin beli dari kami. Terharu sangat :")

Last but not least, aku nak ucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada JPK A, B & C di atas kejayaan kita menganjurkan karnival yang hebat ini. Semoga pengalaman yang kita timba ni menjadi kenangan terindah dalam hidup kita dan memberi pengajaran yang baik untuk kita manfaatkan pada masa akan datang. JPK UiTM Johor PERFORM !

P/S : Lepas ni hanya nak fokus untuk study je.. Fuhhh --- Lega event berat ni dah lepas :)

Bye Bye.
XOXO, Nurul :)

Gambar koleksi aku sepanjang karnival :)




AND.. Check this out :)






No comments:

Post a Comment