CERITERA
SKROL DAN SELEMPANG.
Skrol &
Selempang,
Lambang
nikmat Tuhan pada aku,
Lambang doa
dan redha mama baba aku,
Lambang
keringat guru - guruku yang tak lelah jemu mendidik anak bangsa,
Lambang
sebuah persahabatan yang tiada nilainya,
Lambang perkenalan
aku kepada dunia sebenar.
Terima
kasih Allah atas segala kejayaan ini.
Terima
kasih mama dan baba atas segalanya, segalanya yang tak mampu ku sukat dengan
apa sahaja.
Terima
kasih para guru, pensyarah, pendidik yang sentiasa ingin melihat kejayaan anak
didikannya.
Terima
kasih sahabat- sahabatku : JBM 111 F, Kelab IRAMA dan JPK Sektor C. Kalian
banyak mengajar aku erti sebenar persahabatan.
Terima
kasih kepada abang, kakak, adik –adik yang telah membawa aku mengenal erti
dunia sebenar.
Terima kasih
kepada semua yang sentiasa bersama aku ketika suka duka aku, jatuh bangun aku,
nangis ketawa aku, gembira kecewa aku ----
Kejayaan
ini bukan kejayaan aku seorang, tapi kejayaan untuk semua.
Pegangan
yang aku tak pernah lepas :
Redha
Allah, Redha Ibu Bapa, Redha Para Pensyarah, Doa Usaha Ikhtiar Tawakal dan
Sentiasa belajar dari kesilapan, bangkit setelah jatuh. Hidup cuma sekali, maka
buatlah sesuatu yang bermakna.
Dan maka
tersingkaplah segala memori di dalam sebuah skrol dan selempang.
Alhamdulillah,
kini secara rasminya merupakan graduan Diploma Pengajian Perniagaan, UiTM
Segamat.
“Maka yang
mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.”
Ar-Rahmaan
: 13
No comments:
Post a Comment