22 November 2015

Allah Sapa Aku.

Assalamualaikum.
Wow, I haven't write in this blog for about ONE YEAR !
Serious laaaa. Hahaha.

Well, I know there's no people read my blog.
But it's okay. I still want to blogging though.

Here's a story. The reason why I want to blog again. Because I need to tell someone a story but I don't know who I should share it with. And I want to always remind myself about this story of mine.

Because, Allah sapa aku.

WHY  I wrote this ?
For self-reminder.

Pada suatu hari, aku berasa sangat penat. SANGAT PENAT. Aku diuji dengan assignment yang banyak dan partner assignment yang ermmmm. Biasalah lumrah seorang pelajar sering buat kerja last minute. Kebetulan keesokan harinya aku ada test dan assignment yang aku perlu hantar. Aku memilih untuk fokus kepada menyiapkan assignment daripada study untuk test. Dengan partner aku yang hantar kerja lambat... sumpah aku STRESS ! Tapi tak boleh salahkan dia jugak. Sebab aku pun salah. Aku pun suka buat kerja last minute. Dan aku siapkan assigment aku sehingga pukul 3.30 pagi. Rancang untuk bangun pagi nak study untuk test. Memang harammmm tak bangun.

Pagi tu, aku bangun lebih kurang pukul 7.40 am. Aku pantas bersiap untuk pergi ambil test pada pukul 8.30 am. Ya, aku mengaku aku skip solat Subuh. Masa mandi, aku memang tak fikir nak solat Subuh pun waktu tu. So, memang aku tak ambil wudhu' selepas itu. Sedang aku bersiap-siap pakai baju, dan ketika itu fikiran aku entah ke mana. Memikirkan apa yang aku perlu jawab untuk test nanti dengan tak study apanya. Aku pasrah. Sedang fikrian aku tengah merawang entah ke mana, tanpa aku sedari, aku telah berada dalam posisi untuk solat. Dah siap bertelekung. SUMPAH AKU TAK SEDAR BILA MASA AKU BUAT SEMUA TU ! ALLAHU. Apakah yang Allah cuba untuk tunjuk padaku ? Ya, Aku perlukan ALLAH pada setiap saat. SETIAP SAAT. Allah sapa aku. Allah panggil aku untuk sujud pada Dia ketika aku susah. Allah nak aku mengadu pada dia. Allah.Allah.Allah. Dengan tidak berwudhu'nya aku teruskan jugak solat aku walaupun aku tahu solat aku tak sah. Kerana aku ingin sujud pada Allah ketika itu. 

Allah,
Terima kasih kerana kau sapa aku.
Terima kasih ketuk pintu hati aku.
Terima kasih bagi aku cinta.
Terima kasih untuk hidayahMU.

Walaupun aku masih terumbang-ambing,
Solat masih tak terjaga
Aurat masih tak terjaga.
Ikhtilat masih tak terjaga.
Tapi aku cuba, cuba untuk jadi muslimah yang lebih baik.
In shaa Allah.


Nurul.


No comments:

Post a Comment