29 January 2018

Finally, a license ‘P’.

Assalamualaikum.

So right now, aku tengah tunggu KTM nak balik rumah. Baru je lepas ulangan ujian JPJ jalan raya. Fuhhhh... dia punya lega tak payah cakap la. Penantian selama setahun demi sekeping lesen memandu. Terima kasih Tuan Faisal yang telah meluluskan saya. Walaupun Tuan segak dan suara sedap apabila menyanyi, nasib baik saya tak hilang fokus. Tapi iman saya bergoyang la sikit. Eh ? šŸ˜‚

Teringin nak tulis perjalanan aku mengambil lesen dalam blog sebab ini merupakan pengalaman sekali seumur hidup. Aku ingat lagi aku pergi ke pejabat institusi memandu Nation Drive kat kawasan rumah aku dalam bulan 11/2016. Mula-mula ambil lesen kereta manual. Pergi la test komputer. Lulus dengan cemerlang tau, 50/50 šŸ˜†. Dapat lesen dalam bulan 12. Lepas tu Cikgu Mat contact aku bagitahu dia akan mengajar aku. Lepas beberapa kelas kereta manual tapi aku masih tak pick up nak bawa kereta manual, aku tukar ambil lesen kereta auto. Bila aku buat keputusan nak ambil lesen auto, ramai jugak insan-insan yang perli  aku seperti ‘eleh, ambil auto ? Tak mencabarnya’. Tak pun kena gelak. Walaupun agak terasa sebenarnya, tapi terpaksa la buat bodoh dan amalkan sikap ‘pergi mampus’ sebab yang penting aku tahu setakat mana kemampuan aku dan aku yang bayar lesen kereta aku. Bukan mereka.

Dah tukar lesen L  auto, rezeki  lain datang pulak. Dalam bulan Februari 2017, aku dapat kerja. So bila dah start kerja, terpaksa tinggalkan kelas memandu sebab Cikgu Mat cuma boleh ajar waktu hari minggu sahaja. Ada la jugak bergaduh sikit dengan Cikgu Mat masa tu sebab sebelum dapat kerja, Cikgu Mat kata boleh buat kelas hujung minggu. Tapi lain pula ceritanya. Lepas 3 bulan kerja, aku buat keputusan nak berhenti kerja atas dua isu : 1. Nak habiskan kelas memandu, 2. Tak tahan dengan bos. Lepas aku berhenti kerja, baru la dapat mulakan balik kelas memandu. 

Baru je hadir beberapa kelas, rezeki lain pulak datang. Ayah Man & Cik Niah nak pergi haji dan mereka minta tolong jagakan  anak-anak mereka sebab tak ada siapa nak jaga. Kebetulan masa tu aku memang menyandang jawatan penganggur terhormat. Mula-mula aku menolak sebab aku fikir aku baru je mula balik kelas memandu aku. Tapi yelah, siapa je tak cair bila saudara-mara minta tolong sampai tahap merayu. So terpaksa skip kelas memandu lagi untuk sebulan lebih. 

Bila masuk bulan 10 2017, aku dah mulakan kerja sebagai locum dekat TMC dan sejak tu lah aku berpeluang untuk mulakan balik kelas memandu. Sehinggalah perancangannya nak ambil test JPJ hujung bulan 12. Tapi drag sebab ada macam-macam halangan pula. Sehinggalah 22 Januari 2018, aku mengambil ujian JPJ yang pertama. Aku lulus bahagian litar, tapi gagal bahagian jalan raya. Mungkin sebab masa tu aku rasa aku tak cukup latihan untuk jalan raya. Balik rumah kena bebel dengan mama. 

Dan akhirnya hari ini aku berjaya menamatkan perjuangan aku untuk mendapatkan lesen memandu. Walaupun dah beribu habis tapi tak apa lah. Alhamdulillah. Sekarang dah boleh fokus untuk cari kerja tetap. Cabaran hidup yang baru. 

Terima kasih mama baba untuk sokongan dari segi kewangan & nasihat. 
Terima kasih sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong & tak jemu bagi tips. 
Terima kasih Cikgu Mat yang banyak bersabar dengan aku walaupun aku selalu kena cubit.
Terima kasih Tuan/Puan JPJ yang dah luluskan / gagalkan aku. 

Another achievement unlocked. Slowly but surely. 

No comments:

Post a Comment