15 July 2017

Aku Sudah Tua

Terasa seperti sudah tua.
Bila ku lihat kanak-kanak yang kukendong dahulu
Kini dara dan teruna.

Terasa seperti sudah tua.
Bila pipi adinda yang ku usap sayang dahulu
Kini berjerawat di sini sana.

Terasa seperti sudah tua.
Bila ku lihat wajah kedua ibu bapaku mula berkedut
Rambutnya pula semakin hari semakin bertukar warna.

Terasa seperti sudah tua.
Bila nenekku dan adik-beradiknya
Giginya semakin tiada.

Terasa seperti sudah tua.
Bila sahabat-sahabatku sudah berpunya.
Ada yang beranak dua.

Terasa seperti sudah tua.
Bila yakinnya aku terletak pada wajah
Perlu ada riasnya kerana ia telah dimamah usia.

Terasa seperti sudah tua.
Bila getarnya jiwa.
Kerana masih belum punya apa-apa.



No comments:

Post a Comment