27 January 2016

Ego

Bila aku ego,
Meminta maaf bukan pilihan aku
Mendabik dada tinggi ke langit ketujuh
Apa aku kata tiada yang salah
Pertahankan diri jadi keutamaan
Hal orang lain bukan aku kisah
Berseorangan adalah kebahagiaan
Diam sahaja tak perlu berkata
Simpati bukan kehendak diri
Maruah aku bukan di kaki

Cukuplah kau tahu aku dah tawar hati.

Tapi sebenarnya aku yang silap.
Tapi ego aku tebal sebati hati susah nak pergi.

Ego menang segalanya.

No comments:

Post a Comment