24 April 2017

Hidup Macam Palat

Assalamualaikum.

Okay, straight to my story.
Alhamdulillah, minggu lepas pada 18.4.2017 aku telah berjaya bergraduasi untuk kali ke-dua dengan menjadi pemegang BBA (Hons.) Human Resource Management. Alhamdulillah jugak, aku berjaya menjadi pemegang anugerah naib cancelor untuk kali ke-dua. Hadiah untuk kedua ibu bapa aku.

Entahlah. Bila aku bangun pagi tadi, tiba-tiba terasa emosi. Mungkin sebab perubahan hormon. Tiba-tiba segala yang berlaku semasa aku buat degree dulu muncul dalam kepala aku. Bila terkenang balik dugaan yang aku lalui masa aku buat degree dulu, perghhh... macam tak percaya aku dah sampai ke tahap ini, which is aku berjaya menamatkan degree aku. Iye lah, dulu hampir setiap sem aku murung dan nak berhenti belajar. So, I'm deciding to describe what I felt into words.

Zaman degree totally memang tak sama dengan zaman diploma. Zaman diploma, even banyak kejadian pahit manis, tapi alhamdulillah, lebih banyak yang manis untuk diingati daripada yang pahit. Even yang pahit pun jadi manis. Zaman diploma, zaman baru nak bina hidup. Tapi bila masuk zaman degree, tak tahu lah nak cakap macam mana. Banyak pahit dari manis sampai rasa macam tak ada yang manis untuk diingati. That's what I feel.

Masa sem 3, masa mula-mula masuk kelas, masing-masing dah berpuak. Dalam kelas aku semua perempuan masa tu. Ada puak Terengganu, puak Lendu, puak Sumandak dan puak Terbuang. Dalam puak terbuang ni ada 4 orang termasuk aku. Sebab apa berpuak ? Sebab masing-masing pilih kawan ikut kampus masa diploma dulu. Tapi aku okay je. Masa sem 3, tak ada banyak masalah pun. Cuma ada la culture shock sikit. Yela, masa ni masing-masing bukan budak-budak hingusan dah. Masing-masing dah tunjuk taring nak bersaing terutama sekali untuk study. Kadang-kadang rasa tak boleh nak catch up. Klimaks untuk sem 3 adalah bila satu hari tu, aku dapat tahu Baba dah kahwin lain. Masa tu memang aku mengamuk, menangis tak ingat dunia. Perasaan aku bercampur baur. Kalau aku pun dah rasa macam tu, apatah lagi mama. Memang time tu aku rasa nak berhenti belajar sebab aku fikir apa la nak jadi dengan family aku nanti bila Baba dah kahwin lain. Dalam kepala otak aku memang fikir nak berhenti belajar, cari kerja dan nak sara family aku. Yela, dah la aku tak ambil PTPTN and yuran & duit belanja aku 100% Baba yang tanggung. Masa tu aku fikir Baba tak akan mampu nak tanggung aku. Memang aku gaduh besar dengan Baba. Kalau ikutkan hati, aku nak je suruh Mama & Baba berpisah sebab aku kesian dekat Mama.

Sem 4. Masa sem ni aku diuji dengan perangai kawan-kawan. Aku ada 'kawan baik' yang boleh dikatakan overly-attached. Masa sem ni, 'kawan baik' aku tu tengah hangat bercinta dengan budak kelas sebelah. Masa tu, tak payah la cerita aku punya tahap annoying tu macam mana. Everytime aku berborak dengan 'kawan baik' aku, mulut dia tak habis-habis menyebut nama bf dia tu tapi dalam hati dah ermmmmm.... Disebabkan kami ni overly-attached, memang most of the time aku dengan dia. Even dia pergi dating pun aku follow. Dah macam orang ketiga rasa. Sampai aku pun jadi kawan dengan bf dia. Sampailah satu hari tu, diorang gaduh besar dan akulah punca pergaduhan diorang. So aku buat keputusan untuk putus kawan dengan bf dia dan aku dah malas nak follow mana diorang pergi. So aku jadi lone ranger masa tu. Kawan-kawan aku yang lain ramai yang duduk luar. Cuma aku dan 'kawan baik' aku tu je yang duduk kolej (termasuk bf dia). So, masa tu aku satu bilik dan juga satu rumah dengan kebanyakan budak Asasi. Budak-budak tu memang baik. Aku rapat dengan roomate aku Ida & kawan dia Ernie. So, kadang-kadang bila aku stress dengan 'kawan baik' aku, diorang lah tempat aku mengadu dan bergurau senda untuk release stress. Tiba-tiba rindu pulak kat diorang sekarang ni. Bila hari terakhir diorang kat rumah tu, memang aku menangis gila-gila sebab masa tu aku dah fikir, dengan siapa aku nak berborak, nak luah perasaan lepas ni. Dah la aku dah jadi lone ranger. Lepas budak-budak tu dah pergi, 'kawan baik' aku jadi rommate aku, Tapi time tu aku dah jadi keras hati. Aku banyak habiskan masa dengan diri sendiri. Memang hari-hari murung. Sampaikan 'kawan baik' aku tu jatuh sakit pun aku kurang rasa kasihan pada dia.

Bila pertengahan sem, aku mula ada masalah dengan puak Terbuang aku. Paling kecewa bila dapat tahu salah seorang kawan dalam puak aku cuba pecahkan budak-budak kelas aku. And part paling best, dia talam dua muka. Depan baik, belakang kutuk aku. Sampai sanggup buat another whatsapp group di mana dalam group whatsapp tu ada 4 orang tidak dimasukkan, termasuk aku. Nasib baik ada member aku yang baik yang malas nak ambil pusing pasal perangai kawan aku tu dan dialah yang selalu menjadi penyampai pada aku dan selalu ceritakan apa yang berlaku dalam group whatsapp tu kat aku. Memang masa tu aku rasa berada dalam 'neraka'. Terseksa jiwa aku bila ada dalam kelas tu. Lagi-lagi bila setiap hari nak hidup dalam kepura-puraan. So, kami 4 orang (yang tak ada dalam group whatsapp baru) decide nak tukar kelas next sem.

Sem 5. Kelas baru. Ingatkan life would be better. Kami 4 orang (yang tak ada dalam group whatsapp baru) dah jadi satu geng baru. Memang semua group assignment kami jadi satu group (termasuk bf 'kawan baik' aku sebab kitorang pindah kelas dia) and I always be the leader. Kalau aku tak gerak, sorang pun tak gerak. Masa ni, 'kawan baik' aku dengan bf dia dah duduk luar. Masa tu, walaupun kami berlima satu group, rasa macam ada dua group sebab 'kawan baik' aku & bf dia always buat kerja diorang berdua je. Itu satu. Lagi satu sejak 'kawan baik' aku & bf dia duduk luar, diorang selalu ponteng kelas. Kalau tak ponteng kelas, diorang datang lambat. Semua lecturer annoying dengan diorang. Sampai tengah presentation depan kelas pun, sibuk nak bercinta. Carry mark aku rendah sebab diorang. 3 kali aku kena panggil dengan lecturer, kena explain dekat lecturer pasal attitude problem dia & bf dia. Dan setiap kali tu aku cuba back up dia depan lecturer sampai I lost for words. Perasaan kecewa masa tu tak payah cakap la. Tapi aku tak bagitahu 'kawan baik' aku pun pasal ni. Biarlah pahit tu aku telan sorang-sorang. Sebab aku sayang dia. Aku nak jaga hati dia. Tapi masa tu aku rasa, dia tak fikir apa yang aku rasa. Apa yang ada dalam kepala dia, seronok bercinta je.

Itu satu masalah dengan 'kawan baik' aku. Dan aku pun menghadapi masalah dengan dua orang lagi kawan aku. Kawan group assignment aku. Selfish. Itu je yang aku mampu cakap. Ada seorang kawan aku nama dia Y.  Ada satu assignment ni hanya perlu buat 2 orang. So aku partner dengan si Y. Boleh dikatakan untuk assignment tu, aku buat sorang. Aku dan Y dah bahagikan tugas masing-masing. Dan aku minta pada Y untuk hantar bahagian dia pada aku untuk aku compile pukul 12am. Tapi dia kata dia kat luar ada urusan. So aku bagi masa sampai pukul 2am. Nak dijadikan cerita, mungkin Tuhan tu nak tunjuk. Aku dapat tahu dia keluar main badminton dengan kawan-kawan. At that moment I was like... the fuck girl. Esok ada asssignment nak kena hantar and kau boleh seronok keluar main badminton dengan kawan kau ??? Tapi aku sabar lagi masa tu. Tapi bila aku dapat bahagian kerja dia pada pukul 4am dan bila aku buka kerja dia... memang aku mengucap panjang. Dah la buat cincai boncai, dengan copy paste bulat-bulat, font siap tak tukar, citation bersepah, tak rephrase. Sumpah rasa nak meletup masa tu. Aku minta buat bab conclusion pun, conclusion pun tak boleh pakai. In the end, aku tak tidur and buat assignment tu sorang-sorang. Esok pagi tu boleh pulak dia selamba tanya, "kau marah saya ke?"  Jangan kata marah, rasa nak pelangkung pun ada masa tu.

Sorang lagi kawan aku nama dia A. Boleh dikatakan aku paling rapat dengan A ni masa sem 5. Dialah tempat aku luahkan perasaan and aku rasa dialah yang paling boleh diharap. Until our very last assignment. Assignment paling susah untuk sem 5. All of a sudden, dia hilangkan diri macam tu je. Bila whatsapp tak reply and she didn't submit her part. Tak tidur aku siapkan assignment tu dengan 'kawan baik' aku. Nasib baik masa tu 'kawan baik' aku tu boleh diharap. Memang perasaan kecewa masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. And she didn't even bother to ask about that assignment. Sikit pun tak tanya. Aku tak tahu lah apa yang dia fikir masa tu. Kalaulah aku pun boleh jadi sekejam tu. Tapi kuasa Tuhan, dia dapat markah yang tak berapa okay untuk subjek tu. Bila aku dapat tahu masa tu memang aku rasa puas. Aku rasa Tuhan tu dengar doa aku sebab aku teraniaya. Tuhan Maha Adil. Aku pun ada tanya dengan kawan-kawan dia yang pernah satu group assignment dengan dia and kawan dia kata perangai dia memang macam tu. Since kejadian tu aku memang tak bercakap dengan dia sampai la kitorang habis exam.

Sem 5 memang sem paling mencabar buat aku. Sampai aku rasa aku hampir dapat sakit mental. Aku tetiba solat sedangkan time tu aku tak boleh solat. Ada sampai tahap air mata aku non-stop mengalir sebab mental breakdown. Aku jadi cepat pelupa. Aku dah jadi keras hati.

Sem 6 aku cuma hadap stress dengan lecturer aku sebab nak buat thesis. Yelah, dapat lecturer pangkat Doktor memang mencabar, Tapi, alhamdulillah banyak yang aku belajar daripada dia. Internship experience aku pun okay je, seronok. 

So, itulah sedikit sebanyak dugaan yang aku hadapi masa degree journey aku. Of course ada yang manis, Contohnya aku masuk debate competition for the first time & at that moment HURES menang Kejohanan Piala Dekan. Buat event dengan Muallaf yang mostly foreigners. Tapi macam aku cakap tadi, banyak yang pahit dari yang manis. 

Ramai adik-adik junior jadikan aku idola mereka. Alhamdulillah, aku tak tahu lah layak ke aku jadi idola diorang. Tapi setiap kali diorang minta nasihat, benda penting yang akan aku nasihatkan adalah jangan salah pilih kawan, mental dan fizikal kena kuat, be independent dan amalkan sikap pergi mampus. 

Dengan kejayaan yang aku kecapi hari ini aku belajar yang Tuhan Maha Adil. Ada hikmah di atas semua yang terjadi pada aku. Betul, you can forgive but you can't forget. Tapi percayalah, kesusahan itu bersifat sementara. Cekalkan hati dalam setiap perkara. Yakin dengan Allah. InshaaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment